Bangun Orang Timur – A.C.A.B Kembali Dengan Gig Virtual Kedua

oleh Rahmat Mohd Did
4K bacaan

Setelah kejayaan menganjurkan Online Gig 1312 yang menyaksikan kehadiran lebih 1,400 orang secara atas talian pada 13 Disember 2020, band perintis Oi! Malaysia, A.C.A.B bakal kembali dengan gig virtual kali kedua tahun ini yang digelar Bangun Orang Timur pada 10 April 2021.

A.C.A.B menjadi satu-satunya band bawah tanah tempatan yang berjaya memecah rekod penonton paling ramai untuk gig atas talian berbayar sepanjang setahun Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebagai perbandingan, hanya Wings yang berjaya mengatasi jumlah tersebut dengan kehadiran seramai 3,500 orang melalui konsert Kita Merdeka pada 29 Ogos 2020.

Wings beraksi di Konsert Virtual Kita Merdeka 2020.

Tahun ini, kesetiaan para skinhead seluruh negara bakal dibalas sekali lagi apabila A.C.A.B mengumumkan mereka bakal mengembalikan zeitgeist (semangat zaman) yang pernah menguasai jalanan pada era 90an dan awal 2000 dengan gig siri kedua yang menampilkan lagu-lagu terbaik mereka daripada album Orang Timur (2002) dan Bangun (2004).

Online Gig 1312. Kredit foto: Shah Qasrina Ryzal.

Dianjurkan oleh A&Z Records dan menampilkan barisan sama seperti Online Gig 1312 iaitu Megat (vokal/gitar), Edy J. (gitar), Anas (bass) dan Zul (drum), setiap pembeli tiket berpeluang memenangi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti gitar Epiphone Les Paul, headphone Audio Technica serta hadiah misteri daripada koleksi anggota A.C.A.B sendiri!

Tiket berharga RM40 sudah boleh dibeli mulai sekarang dan pesan Megat, jangan beli last minute, nanti tak sempat nak layan! Apa tunggu lagi, hubungi talian 019-6955634 untuk menempah tiket anda sekarang!

Siga saga siga saga oi! oi! oi!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅