Selain perkhabaran duka tentang pemergian seniman Mamat Khalid, peminat muzik juga turut tersentak dengan pembubaran band indie rock/ brit pop Bittersweet awal pagi tadi. Ia berlaku hampir serentak dan rasanya tiada sesiapa bersedia untuk menghadam kejutan ini, tambahan lagi kedua-duanya berasal dari Ipoh, Perak. Herri (pengasas/ gitaris/ vokalis) mengumumkan perkara tersebut menerusi Instagramnya:
Dalam hantaran tersebut, Herri menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk mereka berhenti berjuang sebagai sebuah kumpulan dan meneruskan kelangsungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan Bittersweet.
“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semua perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yang tak dapat diluahkan selama 17 tahun.”
Selamat jalan Bittersweet. Terima kasih untuk segalanya dan semoga maju jaya dalam apa sahaja yang kalian ceburi selepas ini.