Selepas acara Balas Dendam bersama Kapow! Dan Saripdol SKD, Jemson bakal ke selatan untuk mempromosikan album pertama mereka yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.
Buat yang tidak mengenali Jemson, duo dianggotai Myo (Oh Chentaku) dan Najmi (Incarnation) ini telah muncul pada tahun 2019 dan menerjah industri muzik tanah air dengan pelbagai siri gig dan mereka juga telah berusaha keras untuk menyiapkan material mereka yang sememangnya album wajib dengar pada 2021.
Acara berprestij ini bakal berlangsung di Rockin Jamz Hall, Johor Bahru dan menampilkan Omnivios, Secto dan juga Never Ending Threats (N.E.T).
Untuk tiket pula, pra-jualan telah dibuka pada 18 Oktober hingga 7 November 2021 dengan harga RM 45.00 sahaja. Jika terlepas tarikh tersebut, jangan risau kerana selepas itu harga tiket akan menjadi RM 55.00 dari 8 November hingga 12 November. Bagaimana nak beli? Mudah sahaja. Kalian hanya perlu scan QR Code yang tertera di poster atau kalian boleh menghubungi #Jemson
Tiket hanya terhad pada 100 orang sahaja dan pastikan anda 18 tahun keatas yang sudah lengkap divaksinasi sahaja. Pastikan cukup syarat ini sebelum membeli tiket demi memudahkan urusan semua. Jumpa di sana!!!!
Pastikan kalian menjaga SOP ketika acara itu berlangsung!