Bunkface Luncur Lagu Tema ‘Malaysia Madani’ – Indie Rock Pilihan Kerajaan PMX

oleh Chiv Iscandar
1.3K bacaan

Bunkface, kumpulan pop punk No. 1 Malaysia telah meluncurkan lagu tema ‘Malaysia Madani‘ dalam majlis anak muda bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim di KLCC semalam.

Lagu dan lirik ciptaan Sam Bunkface itu berdurasi hanya 2.00 minit dan seperti biasa, kedengaran santai bergaya ala Fall Out Boys (FOB) dalam genre yang lebih berentak Indie Rock berbading Pop Punk.

Dalam lagu tersebut, kedengaran Bunkface melontarkan kata semangat di bahagian korus:

Ayuh Seluruh Anak Pertiwi,

Semarakkan Malaysia Madani

Ini adalah kali kedua Bunkface menyumbangkan lagu tema untuk kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH). Pertama kali, mereka menbuat lagu ‘Sayangi Malaysiaku’ sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos pada tahun 2018.

Sam juga dikatakan penyokong tegar Reformasi dan pernah mengabadikan perjuangan gerakan tersebut dalam.lagu ‘Panik‘ (2012).

Walaupun begitu, mereka pernah dipalit kontreversi pada tahun 2020 kerana membuat lagu ‘Akhir Zaman’yamg berbentuk homofobik disebabkan oleb pengaruh kerajaan ‘tebuk atap’ semasa itu.

Bunkface ligat beraksi di banyak pentas peesembahan sejak tahun lepas termasuk di Zepp, KL (konsert 15 Years of ‘Korang’) serta semasa konsert Anak Muda di Tambun, Perak pada malam pilihanraya umum lepas.

Mereka turut akan beraksi bersama Gerhana Ska Cinta dalam konsert RENTAK DUA DUNIA (Sg) di Singapura pada5 Mei 2023 hadapan.

Ini menunjukkan kesediaan dan keiltizaman kerajaan sedia ada untuk terus memupuk dan menyokong pertunbuhan muzik gemre baharu di Malaysia, terutama muzik independen.

Tahniah Bunkface!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅