Konsert Berita Gempa: Sweet Charity Kembali Selepas 12 Tahun

oleh Music Addicts Malaysia
2.2K bacaan

Sweet Charity, antara kumpulan rock paling  ikonik di rantau ini bakal kembali beraksi dalam Konsert Berita Gempa yang dinanti-nantikan di Arena MBJB, Johor Bahru pada 29 Julai 2023.

Konsert ini meraikan kemunculan semula setelah 12 tahun sejak kali terakhir Sweet Charity beraksi bersama di atas pentas. Peminat bakal disajikan dengan lagu-lagu klasik popular kumpulan itu termasuk ‘Kamelia’, ‘Teratai’, ‘Sejuta Wajah’ dan banyak lagi. Ia menjanjikan perjalanan nostalgia mengimbau kenangan buat peminat setia mereka dan peluang menikmati muzik mereka secara langsung buat peminat baharu.

Datuk Ramli Sarip (kiri) dan Rosli Mohalim (kanan).

Konsert Berita Gempa bakal menjelajah ke seluruh negara, dengan Johor Bahru sebagai destinasi pertama sebelum menuju ke Sabah, Miri, Langkawi dan akhirnya Kuala Lumpur. Peminat dapat menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan legenda yang kekal antara yang paling berpengaruh dalam persada muzik rock.

Nama Konsert Berita Gempa diambil sempena judul album terakhir Sweet Charity dan lagu utama album tersebut. Bukan sekadar penghargaan buat album klasik tersebut, Konsert Berita Gempa ini turut memberi penghormatan buat mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini. Sweet Charity ingin menjentik kesedaran terhadap isu global semasa termasuk bencana alam dan memberi impakpositif kepada masyarakat melalui muzik mereka.

Datuk Ramli Sarip, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim and Ahmad Jaafar (AJ) bakal kembali dengan bertenaga, menjanjikan persembahan yang cukup unik dan menggegarkan sekali lagi buat industri muzik tanah air.

Tanda kalendar anda dan bersedia untuk dipukau oleh aksi hebat Sweet Charity yang pasti menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Suatu jelajah bermakna yang wajib disaksikan peminat dan serata penggemar muzik!

Megatix Malaysia dengan bangganya membawakan kepada anda Konsert Berita Gempaselaku penganjur utama dan ejen tiket rasmi dengan kerjasama promoter, Lampuneon. Maklumat lanjut mengenai konsert, jelajah dan jualan tiket bakal dimaklumkan kelak.

Bersedia untuk saksikan persembahan menggegarkan yang anda tidak akan lupa!

Tarikh: 29 Julai, 2023

Tempat: Arena Larkin, Johor Bahru

Laman Web Tiket: beritagempa.live

E-mel: beritagempa@megatix.my

Nantikan pengumuman daripada Megatix Malaysia dan Lampuneon mengenai maklumat lanjut tentang konsert, jelajah dan jualan tiket.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅