dR. Kronik Buat Kemunculan Semula Menerusi ‘Zero Hero’

oleh Music Addicts Malaysia
2.2K bacaan

Setelah beberapa lama mendiamkan diri, juga kerana pandemik yang melanda dunia, kini dR.KRONIK kembali untuk mewarnai dunia seni muzik Malaysia. Mereka yang suatu masa dahulu bernaung di bawah KRU Music, kini kembali bergerak secara bebas bersama FunkyBrigade Mediaworks. Lagu-lagu seperti Buragas, Hidup-Hidup Di Bakar, Fanatik dan Bodoh Macam Yoyo pernah dan masih lagi di putarkan oleh radio arus perdana.

Projek dR.KRONIK & Friends ini merupakan sebuah projek khas yang dicetuskan oleh Chi, selaku vokalis utama kumpulan ini, juga komposer dan penulis lirik untuk lagu ZERO HERO. Projek yang di namakan PROJEK ENDEMIK ini pada asasnya mengumpulkan lebih 30 rakan-rakan penggiat seni, samada di depan ataupun di belakang tabir, untuk sama-sama terlibat di dalam penghasilan sebuah lagu dan sebuah video muzik. Antara pemuzik-pemuzik yang terlibat ialah Lola (XPDC), Trabye (Paragone), OP (Black Maria), Joy Oren (Senna), Faiz (Frost Revenge), Tuah Johari, Ahtonk (Choosen), Eyo (Trimatra) dan Amli (Creatufall).

Lagu ZERO HERO ini juga digubah dan diadun oleh Trabye sementara 2 buah studio turut terlibat di dalam rakaman muziknya iaitu Karya Enigma dan FunkyBrigade.

Video muzik ZERO HERO telah di arahkan oleh Shamsul Cairel yang di bantu oleh rakan-rakan dari Resap Jilma Collective, yang terlibat di dalam produksi penggambaran dan pasca produksi. Produksi ini juga mendapat sentuhan Ahmad Fuad Othman, seorang artis visual ternama tanahair, di mana lokasi penggambaran telah di adakan di studio beliau, Type O Project di Klang. Di dalam video muzik ZERO HERO anda akan dapat melihat beberapa karya beliau, yang masih lagi di dalam pembikinan, di gunakan sebagai latar di beberapa babak.

PROJEK ENDEMIK telah mendapat bantuan Dana Kandungan Digital, Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada tahun 2022 dan setelah semuanya selesai, sidang media di Timeless Music Studio, Damansara Perdana adalah merupakan satu kesinambungan dari projek tersebut.

Tenaga kerja dR.KRONIK kini sedang dalam perancangan untuk merangka siri jelajah di beberapa buah negeri di tanahair. Namun mereka tidak akan bergerak sendiri. Beberapa buah band akan di jemput untuk bersama di dalam siri jelajah ini dan sudah pastinya mereka mengharapkan kolaborasi dari penaja-penaja yang berminat.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅