Pada 10 Mac 2023 yang lalu, kugiran Insiden Ruang Legar (IRL) telah meluncur single pertama mereka iaitu Arah Baru di semua platform strim digital sekaligus melancarkan muzik video rasminya pada tarikh berikutnya iaitu 18 Mac 2023.
Pertama kali penulis mendengar tentang mereka ialah pada Final Exam Mascot yang lalu dan terus menarik perhatian penulis di bahagian persembahan mereka yang tampak gah di atas pentas. IRL dianggotai oleh Ariff (Uncle) sebagai vokalis/gitaris, Amir (Bread) sebagai gitaris, dan Ilham (Telur) di bahagian dram. Kugiran yang berasal dari Kuala Lumpur ini berhasrat untuk menyajikan bunyian baharu iaitu muzik nusantara yang diadun dengan Mid-West Emo serta alternative rock. Buat masa ini, mereka masih bereksperimen dengan genre lain dan dalam masa yang sama menjadikan Nusantara sebagai paksi utama IRL.
Tanpa melengahkan masa, penulis berkesempatan untuk mendengar keseluruhan single dan menemuramah Ariff untuk sesi bedah siasat kali ini.
Jika anda sedang dalam mood suram atau sedang melawan diri dalam kehidupan, maka lagu ini sesuai untuk anda. Single ini mempunyai kekuatan yang tersendiri di mana elemen dan susunan lagu tidak membosankan. Sebagai pendatang baru, penulis tertarik dengan keseluruhan trek ini kerana telah memberi semangat kehidupan dan saranan penulis, kalian kena dengar lagu ini sebelum pergi kerja atau dengar sewaktu memandu.
Single ni actually lebih kepada nasihat kepada orang yang down & struggle dengan hidup, jadi kami mahu mereka bangun menuju ke arah baru.
Direction kami lebih untuk mengetengahkan nusantara, midwest & emo dengan music dan lirik tidak terlalu berat dan mudah untuk di enjoy dan difahami. Tapi untuk single pertama ini kami mahu semua orang boleh layan “IRL” terlebih dahulu. Tapi ada kami letakkan sedikit unsur nusantara di dalam melody vocal.
Penulis juga tertarik dengan petikan gitar dalam lagu ini kerana sepertinya pemain gitar ini tahu apa yang beliau inginkan bukan sekadar fit in to the song akan tetapi ingin memberi DNA yang sepatutnya kepada Arah Baru. Untuk vokal pula, penulis teringat kepada beberapa vokalis indie di zaman 2008-2010 kerana lenggok melodi dan cara penyampaian. Dan sejujurnya, lagu ini sangat berpotensi untuk menawan hati para pendengar baru.
So far Alhamdulillah, kami dah perform lagu ni di gig before kami release single ni. Dan penerimaan mereka sangat “thorbaik”!!
Secara keseluruhan, Arah Baru merupakan rilisan pertama yang bagus dan penulis tertunggu rilisan mereka yang seterusnya. Penulis sempat bertanya tentang perancangan mereka pada tahun ini:
Pada masa akan datang, kami akan teruskan berkarya dan beri pencerahan kepada orang ramai yang muzik itu salah satu cara untuk menyatu padukan kita tanpa mengira “language barrier”, jantina dan juga had umur.
Buat masa ini, kami sedang menyiapkan projek EP kami yang dijangka bakal release June ini. So far semuanya okay just need to focus dan InshaaAllah akan menemui para pendengar di luar sana.
Tahniah buat Insiden Ruang Legar atas single pertama ini. Semoga teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain. Jumpa lagi di acara akan datang. Sekian!
Ikuti Insiden Ruang Legar di: