Cactus Cactus Luncur Single Utama EP Debut – ‘Wake Work Sleep’

oleh Anome
1,420 bacaan

Kugiran Garage Rock yang berasal dari Singapura, Cactus Cactus mengambil langkah pertama dengan melancarkan debut single dengan judul Wake Work Sleep yang telah dilancarkan pada 6 Mei 2022 di laman Spotify rasmi mereka dengan jangka masa 3 minit 55 saat.

Wake Work Sleep merupakan sebuah trek psikedelik yang mengetengahkan isu kesibukan belia yang sering meletihkan dan tidak pernah berakhir. Dengan bunyi gitar fuzzed-out , dram yang berdentum serta kegilaan arpeggio, trek ini muncul sebagai sebuah pengalaman psikedelik yang memukau sebelum menderu menjadi sebuah epik rock garaj propulsif yang berfungsi sebagai pernyataan bahawa Cactus Cactus merupakan sebuah kuartet dengan bunyi dinamik yang bebas.

Menurut vokalis/gitaris Cactus Cactus, King Aloe menyatakan bahawa pada tahun ini beliau mencapai umur 23 tahun dan berada di masa ganjil dalam kehidupan beliau. Beliau merasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkerja keras dan mengejar cita-cita, namun pada masa yang sama jangkaan terhadap diri sendiri serta kerja keras yang membosankan terasa menyesakkan diri. Menulis Wake Work Sleep bersama Cactus Cactus membantu beliau mengubah kekeliruan dan kekecewaan  yang dirasakan kepada sesuatu yang tulen – tenaga lokomotif tanpa sempadan.

Wake Work Sleep merupakan sebuah single utama daripada 4 trek di dalam debut EP mereka, Shoutout Water yang telah dilancarkan pada 20 Mei 2022. Sebagai sebuah landasan pelancaran terhadap kugiran tersebut,  EP ini akan memulakan satu siri keluaran untuk Cactus Cactus. Cactus Cactus berharap untuk meneyegarkan semula telinga pendengar lama dan baru muzik rock Singapura melalui bunyi inventif mereka yang menarik.

Dengarkan Wake Work Sleep di saluran media rasmi Spotify rasmi Cactus Cactus serta ikuti laman media sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram untuk berita terkini.

Wake Work Sleep

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati