Kembali Popular Dalam Siri Netflix ‘Stranger Things’, Ini Perkara Menarik Lagu Master of Puppet (Metallica)

oleh Chiv Iscandar
2.2K bacaan

Lagu Master of Puppets oleh Metallica kembali menjolok persada muzik dunia apabila dimuatkan dalam siri Netflix berunsur supernatural sci-fi ‘Stranger Things’.

Dalam babak itu, hero Eddie Munson memainkan lagu tersebut di atas bumbung untuk menarik perhatian kelawar-kelawar yang menjaga banglo Vecna/One/Henry dan mendapat reaksi hangat peminat siri berkenaan yang kini di musim keempatnya.

Ikuti babak epik tersebut:

Akibatnya, Metallica meraih banyak fanbase baharu di kalangan generasi Z dan Alfa (12-30 tahun) yang merupakan audien terbesar siri itu. Lagu tersebut juga kembali mendaki carta-carta muzik seperti Spotify Top Global susulan siri Netflix tersebut.

Ini beberapa perkara menarik tentang lagu ‘Master of Puppets’ oleh Metallica:

1. Merupakan antem Metal terbesar dan paling ikonik yang menggambarkan genre muzik tersebut.

2. Lagu ini berkisar tentang pengalaman bergelumang dengan dadah yang mana seperti kekuasaan tuan ke atas hambanya, ia mengawal seluruh gerak-geri dan kelakuan si penagih. ‘I am the source of your destruction‘ sebagaimana lirik versa lagu.

3. Ceritanya, James Hefield mendapat idea lirik lagu ini setelah berasa bengang dengan sekumpulan Mat Pet yang mengganggu ketenteraman semasa satu parti di San Francisco.

4. Lagu ini terkandung dalam album ‘Master of Puppets’ yang dikeluarkan pada tahun 1986.

5. Antara lagu Metallica berdurasi paling lama iaitu 8:36.

6. Gelak ketawa maniac & evil di akhir lagu adalah gelak ketawa mereka sendiri yang dirakam secara spontan.

7. Lagu paling banyak dimainkan oleh Metallica dalam konsert dan persembahan ‘live’. Dianggarkan lagu ini telah dimainkan sebanyak hampir 1800 kali sejak kali pertama pada tahun 1985.

8. Lagu ini diiktiraf sebagai mempunyai riff yang sangat berkualiti. Ini membuktikan perkara yang paling penting dalam genre Metal bukan gitar solo, tetapi riff.

9. Cliff Burton yang memainkan bass lagu ini meninggal dunia akibat kemalangan 6 bulan selepas rakaman lagu ini pada usia 24 tahun.

10. Drum bagi rakaman lagu ini dipinjam daripada snare kepunyaan drummer Def Leppard, Rick Allen yang baru kudung tangannnya. Ini semata-mata untuk mendapat sound yang diidamkan (Ludwig Black Beauty).

11. Lagu Metal pertama yang diarkibkan ke dalam National Recording Registry oleh kerajaan Amerika pada tahun 2016 berdasarkan nilai karya dan signifikannya.

12. Sebenarnya, berlaku kesilapan solo ketika shredding bahagian solo terakhir iaitu semasa ‘bending’ Kirk Hammet. Namun demikian, James dan Kirk menyukai ‘take’ tersebut lalu membiarkannya sahaja sehinggalah kedengaran hari ini.

13. Majalah Total Guitar menyenaraikan Master of Puppets sebagai riff terbaik sepanjang zaman.

14. Lagu ini menjulang teknik Downpicking James Hetfield yang menjadi ikutan para pemuzik Metal selepas itu. Selain itu dari segi teknikal, lagu ini mempunyai 2 bahagian solo gitar berlainan serta chord progression yang berubah-ubah dalam satu lagu.

15. Jeritan ‘Master:… Master!’ seperti dalam lagu adalah siulan muzikal yang antemik bagi para pengikut Metal sedunia dan menjadi trademark utama lagu.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅