Kumpulan Punk Rock, Armpunk Sindicate telah dikecam dalam FB oleh satu page tempatan baru-baru ini berikutan kemeriahan para penonton yang menyaksikan set kumpulan tersebut.
Menerusi page yang diberi nama Info Trafik Crew itu, mereka menyindir aksi ‘pogo’ dan ‘mosh’ oleh para peminat semasa persembahan Armpunk dalam Art Of Speed (AOS) 2022 di MAEPS, Serdang Ahad lepas.
Dah 2022 pon masih ada lagi macam ni?? Tahu la 2 tahun terkurung sebab pendemik 🤦🏻♂️ingatkan🦥🐒🦧 terlepas dari hutan mana tadi.
Lokasi event di MAEPS, Serdang baru-baru ini..
Sumber 🎥 Media Sosial
#TrafficInfoCrew📍
Rujuk di sini: https://www.facebook.com/306032372884629/posts/2247798408708006/
Perkara ini menimbulkan ketidakpuashatian dan ramai peminat menyerang semula page berkenaan.
Akibatnya, posting berkenaan telah dipadamkan oleh admin page setelah mendapat reaksi bertalu-talu oleh peminat punk.
Bassist Armpunk, Akmal sendiri turut berkongsi:
“2022 masih ada yang berpandang serong terhadap subculture punk dan budaya alternatif lain.
Kata kami hisap dadah la, kena rasuk lah.
Diorang tak tahu budak2 hilang akal tu juga la yang berikan makanan kepada golongan gelandangan. Budak kita juga lah yang berkempen untuk isu mental health. Budak punk kita juga lah yang benci rasuah seperti korang membenci kami.”
Dikatakan, set Armpunk Sindicate adalah antara yang paling meriah dalam AOS 2022 dengan aksi mosh dan pogo oleh penonton.
Armpunk Sundicate adalah kumpulan Punk Rock yang gigih membuat persembahan serata negara dan semakin meningkat naik.
Lagu-lagu mereka yang ala pop rakyat, ‘catchy’ dan sukaria mudah menawan pendengar seperti Plague of Happiness dan Budak Nakal Hujung Simpang.
Single mereka, ‘Seterumu‘ yang dipetik dari EP ‘Fakulti Kaki Lima’ kini berada dalam carta Lagu Baru Nak Up ERA Fm bersaing dengan Zynakal, Elizaberh Tan.
Undi di sini: https://era.syok.my/carta/era-je/lagu-baru-nak-up
Ikuti mereka di Media Sosial:
FB: https://www.facebook.com/armpunkarmy
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSRJFRTvc/
#ChivasAlexandria