Last Goal! baru sahaja melancarkan EP berjudul Come Back Home di saat semua pasangan menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari 2022.
Sedikit pengenalan, mereka merupakan kugiran yang dulunya dikenali sebagai Last Goal! Party pada 2013. Ketika itu mereka sudah mempunyai dua album iaitu In Time (2014) dan Back In Time (2016). Kemudiannya mereka membuat penjenamaan semula dengan nama baru “Last Goal!” pada 2020 dan turut melancarkan album Back In Time: Black Edition. Tidak terhenti di situ, Trio Modern Rock yang dianggotai oleh Ijal Bulb (Vokal), Asido (Guitar), dan Val (Guitar) ini juga aktif dalam melancarkan beberapa single seperti You Can’t Bring Me Down, Apologize, Tak Bisa Lupa dan Tak Terhingga sebelum EP ini dilancarkan.
EP Come Back Home hadir dengan durasi 15 minit dan mengandungi 4 trek iaitu Luluh, Tak Terhingga (re-imagined), Mimpi dan Impian (akustik), dan New Life. Kesemuanya mempunyai sisi emosional mendalam di mana proses produksinya dilakukan di Jakarta dan Bontang (Kalimantan), Indonesia serta proses adunan dan mastering juga dilakukan oleh Ijal Bulb sendiri.
“Come Back Home di sini lebih ke arah bagaimana gue pribadi mencurahkan apa yang gue rasakan saat di Jakarta dan kerinduan gue akan kampung halaman gue, mungkin ini juga bisa berarti pulangnya Last Goal! sebagaimana Last Goal! terlahir. -Ijal Bulb- “
Persoalan di sini, adakah mereka ini Djent? Modern Rock? atau Pop Punk? Kalian bebas menentukan.
Jangan lupa dengarkan karya terbaru Last Goal! yang bertajuk Come Back Home di semua platform media strim dan ikuti perkembangan terbaru mereka di: