Kisah Cinta ‘Sempurna’ Insomniacks

oleh Anome
4.6K bacaan

Kugiran yang pernah popular dengan lagu Pulang sekitar tahun 2018, Insomniacks kini kembali menemui peminat dengan video lirik rasmi single terbaru mereka berjudul Sempurna. Sempurna telah dilancarkan pada 14 Februari 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 32 saat di saluran YouTube rasmi mereka, Insomniacks MY.

Sempurna menceritakan tentang individu yang terlalu sempurna di mata seseorang yang mencintainya namun pada masa sama terlalu takut akan kehilangan individu tersebut. Cinta dan kehilangan, dua perkara yang sentiasa bagaikan pedang bermata dua, tiada sesiapa yang tahu pengakhirannya sama ada bahagia atau sebaliknya di penghujung kisah.

Tidak dinafikan Insomniacks menunjukkan kematangan dalam penulisan lirik bagi Sempurna, namun melodi lagu Sempurna masih kedengaran seperti karya-karya mereka sebelumnya. Adakah mereka masih selesa mengulang formula yang sama dan selamat?

Sempurna sepertinya mendapat sambutan hangat daripada para peminat yang merasa terkesan dengan penulisan lirik kali ini. Jika diteliti ruangan komen video lirik tersebut, rata-rata peminat cuba mentafsir mesej yang disampaikan Insomniacks mengikut fahaman mereka seringkas mungkin. Ini menunjukkan apa yang cuba disampaikan oleh Insomniacks boleh dikatakan sebagai satu kejayaan.

Sama seperti proses jatuh cinta, mengikhlaskan seseorang juga berlaku secara tiba-tiba. Jangan di paksa prosesnya, nikmati setiap masa nanti lama-lama juga terbiasa. – Badrul Hisyam

Insomniacks turut memaklumkan pelancaran video muzik (MV) Sempurna yang bakal dilancarkan pada 25 Februari 2022 nanti di saluran Youtube rasmi mereka, Insomniacks MY. Dengarkan Sempurna di saluran Spotify rasmi Insomniacks dan ikuti laman sosial rasmi mereka untuk informasi terkini mengenai MV Sempurna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Facebook

Instagram

Twitter

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅