Spooky Wet Dreams Bawa Isu Percintaan Antara Kaum Dalam ‘Beza’

oleh Anome
1.5K bacaan

Setelah pelancaran single Seru pada bulan Januari, Spooky Wet Dreams kembali dengan single kedua yang dipetik daripada album terbaru Dewa Kotaraya, Beza. Video muzik (MV) yang turut menampilkan Celyn Chow (vokalis Night Skies & Visions) ini telah dilancarkan pada 15 Februari 2022 dengan jangka masa selama 3 minit 59 saat di saluran YouTube rasmi Spooky Wet Dreams.

Beza berkisar tentang sebuah kisah percintaan  antara lelaki dan wanita yang penuh dengan perbezaan daripada kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun, kisah cinta yang pada awalnya indah dihiasi gelak tawa mulai merenggang akibat perbezaan yang wujud di antara mereka. Bagaimanapun, di penghujung MV kita akhirnya mengetahui segala yang berlaku hanyalah angan-angan si lelaki sahaja.

Pada pandangan penulis, penggunaan elemen percintaan antara kaum di dalam lagu dan MV Beza merupakan satu langkah bijak daripada Spooky Wet Dreams. Hal ini kerana, hubungan cinta dan perkahwinan antara kaum jarang diceritakan dalam lagu walaupun telah wujud di dalam masyarakat kita berabad lamanya. Banyak perhubungan yang tidak menjadi kerana faktor halangan keluarga dan perbezaan lain yang wujud antara mereka.

Ku hafalkan yī èr sān sì mu,
Menghitung hari tuk bersamamu.

Tonton MV rasmi Beza di saluran Youtube rasmi Spooky Wet Dreams dan ikuti juga laman media rasmi Facebook, Twitter dan Instagram Spooky Wet Dreams untuk informasi terkini album terbaru mereka, Dewa Kotaraya yang bakal muncul tidak lama lagi.

Facebook

Twitter

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅