Auji Skatepunk Bawa Pesan ‘Lawan! Jangan Henti’ Buat Para Pendengar

oleh Anome
1.3K bacaan

Kugiran pop punk dari Puchong, Auji Skatepunk telah meluncurkan sebuah video muzik (MV) single terbaru mereka, Lawan! Jangan Henti pada 11 Februari 2022. Ia hadir dengan jangka masa selama 3 minit 35 saat dan telah dimuat naik di saluran Youtube rasmi mereka, Auji Skatepunk.

Lawan! Jangan Henti merupakan mesej dari Auji Skatepunk khas buat para pendengar agar terus berjuang dan tidak lagi dipengaruhi oleh mereka yang kerap memberikan komen negatif terhadap diri.

Auji Skatepunk ternyata berjaya memberikan persembahan yang energetik baik dari segi susunan muzik mahupan rakaman MV. Mereka turut memberikan nuansa video muzik kugiran awal tahun 2000 seperti Estranged, Sofazr, Modread dan yang seangkatan.

Dengarkan Lawan! Jangan Henti di saluran Youtube Auji Skatepunk dan ikuti laman sosial rasmi Instagram mereka untuk informasi terkini rilisan mereka.

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅