Wajah Terbaru Wickweaky Dalam MV ‘The Look’

oleh Anome
2.1K bacaan

Setelah tiga tahun melancarkan EP Burn The Forest Down, Wickweaky mengorak setapak langkah ke hadapan dengan meluncur video muzik (MV) single terbaru mereka, The Look. The Look telah dilancarkan pada 11 Februari 2022 dengan jangka masa selama 4 minit 41 saat di saluran YouTube rasmi mereka, Wickweaky MY.

The Look berkisar tentang perasaan individu yang sunyi dan kepenatan akibat merindukan seseorang dan mengharapkan kemunculan sesuatu yang baru. Pada akhirnya, ia adalah okay dan tiada orang yang mampu memberikan perasaan yang sama seperti orang yang dirindukan sebelumnya.

Hadir dengan konsep menarik, MV The Look menampilkan permainan penutup botol yang dimainkan oleh watak utama sebagai cara untuk menyelamatkan watak wanita daripada tangan kongsi gelap. Sejujurnya penulis agak teruja melihatkan permainan ini dimainkan di dalam MV memandangkan kanak-kanak pada masa kini kurang terdedah dengan permainan yang pernah popular dalam kalangan kita suatu masa dahulu.

Bagi yang sudah dewasa pula, mereka  tidak lagi mempunyai kesempatan untuk memainkkan permainan masa kecil lagi angkara kesibukan hidup dan kerja. Idea yang dibawakan oleh Wickweaky ini merupakan satu cara memelihara perkara kecil yang menjadikan Malaysia itu Malaysia.

Tonton MV The Look di saluran Youtube rasmi Wickweaky dan dengarkan juga di laman rasmi Spotify mereka. Ikuti laman sosial rasmi Wickweakyi di Facebook, Twitter dan Instagram  untuk informasi terkini mengenai keluaran dan aktiviti mereka pada masa akan datang.

Facebook

Twitter

Instagram

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅