Sonic Youth, sebuah band rock US ditubuhkan tahun 1981. 37 tahun lalu hari ini, mereka melancarkan album sulung mereka, Confusion Is Sex. Dirilis dalam format vinyl oleh Neutral Records. Album ini dikatakan menjadi contoh penting untuk genre tanpa getaran (no wave).
AllMusic menggelarnya lo-fi to the point of tonal drabness, as the instruments seem to ring out in only one tone, that of screechy noise.
Confusion Is Sex dirakamkan oleh Wharton Tiers di studio Chelsea (di mana beliau membuat tempat rakaman dibawah tanah (basement) bangunan tempat beliau kerja). Album ini juga kebanyakannya dirakamkan semasa tempoh singkat Jim Sclavunos sebagai pemain dram Sonic Youth.
Kekecewaan yang melanda mereka dengan situasi rakaman di studio Tiers, dan tidak dapat bunyi yang mereka inginkan, Sclavunos diganti dengan Bob Bert sebagai pemain dram.
Bert beraksi dalam Makin the Nature Scene dan rakaman live saduran lagu The Stooges, I Wanna be Your Dog. Album ini juga adalah satu-satunya album mereka di mana gitaris mereka, Lee Ranaldo memainkan bass, khususnya lagu Protect Me You.
Lirik lagu The World Looks Red ditulis oleh Michael Gira dari band Swans, di mana beliau kembali menggunakan lirik itu untuk lagu The World Looks Red/The World Looks Black untuk rilisan Swans The Glowing Man pada tahun 2016.
Ranaldo merakam lagu Lee Is Free secara persendirian dirumahnya melalui dua pita rakaman. mej pada kulit album dilakar oleh pemain bass, Kim Gordon dari lakaran pemain gitar, Thurston Moore. Imej itu juga turut digunakan diawal karier mereka sebagai pemuzik.
Adakah Confusion Is Sex album pertama mereka yang kalian dengar?
#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #SonicYouth #ConfusionIsSex #AnniversaryAlbum