Dewa 19 Gabung 4 Vokalis Atas Satu Pentas!

oleh Music Addicts Malaysia
1,019 bacaan

Dewa 19 akhirnya kembali ke Malaysia! Untuk kali ini, band tersohor Indonesia tersebut akan menebus rindu yang belum tuntas dan sekaligus menebus janji mereka apabila pengasasnya, Ahmad Dhani dipastikan hadir bersama.

Tandakan tarikh keramat ini dalam kalendar anda. 10 September 2022, Axiata Arena, Kuala Lumpur menanti Baladewa dan peminat untuk merayakan kedatangan Dewa 19 yang kali ini hadir untuk menandakan satu lagi momen penting dan bersejarah.

Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.

Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.

Jika kehadiran Dhani yang menggerakkan Dewa 19  bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.

Kehadiran di Malaysia yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan disertai beberapa mantan anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros.

Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas!

Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan tembang yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vokal magis kedua penyanyi ini disambung oleh Virzha serta yang terkini, Ello.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merayakan 30 tahun Dewa 19 dengan 30 lagu yang akan menenggelamkan anda dalam nostalgia silam pada tanggal 10 September 2022 ini.

Konsert yang ditunggu-tunggu ramai ini turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi. Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert ini selaku rakan media rasmi.

Pastikan temujanji anda bersama Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 dengan pembelian tiket  bermula jam 11 pagi, 18 Julai 2022 di laman tiket rasmi:

https://www.ticket2u.com.my/dewa19

Hotline: 019-9919055 (whatsapp)

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati