Dewangga Sakti Bakal Pradengar Album Pertama Di Tempatan Podcast

oleh Rahmat Mohd Did
2.6K bacaan

Sempena pelancaran album pertama mereka, unit folk/ etnik kreatif Dewangga Sakti bakal membuat kemunculan istimewa di Tempatan Podcast pada 16 September 2021, jam 9 malam.

Dalam sesi tersebut, keseluruhan 11 buah lagu dalam album yang diberi judul Arus Deras itu bakal diperdengarkan secara langsung dan akan diulas oleh semua anggota kumpulan secara lebih mendalam. Penonton juga berpeluang untuk melontarkan soalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar belakang, visi dan proses pembikinan album.


Ensembel Dewangga Sakti ditubuhkan pada tahun 2000 dan pernah muncul dengan sebuah EP pada tahun 2008 berjudul Mabok Kepayang. Berbekalkan misi untuk mengembalikan kegemilangan muzik etnik Melayu ke khalayak kontemporari, mereka aktif melakukan persembahan di pentas formal dan tidak formal seluruh Malaysia serta luar negara termasuk Jepun, Taiwan, China dan Korea.

Dewangga Sakti dibarisi oleh:

  1. Edie Nazrin (Vokal)
  2. Zulkifli Ramli (Oud/Gambus)
  3. Azman Azahar(Gitar)
  4. Rocco Al Mubarak (Akordian)
  5. Wahyun Anwar (Rebana/Perkusi)
  6. Abdul Raof Salhudin (Rebana/Perkusi)

Ikuti mereka di:

Facebook

Instagram

Ikuti juga Facebook Tempatan Fest untuk maklumat lanjut tentang acara.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅