Dusares Membuktikan Deathcore Masih Utuh Menerusi ‘Tadmir’

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.2K bacaan

Symphonic Deathcore, genre yang mungkin dianggap ramai sudah hampir ke penghujungnya namun tidak buat sebuah kugiran yang diberi nama Dusares di mana pada 23 Jun 2023 yang lalu, mereka telah melancarkan single kedua bertajuk Tadmir menampilkan Rain dari Cycryptic.

Sebelum ini, penulis pernah menulis artikel tentang mereka menerusi single Al-Mawt dan kini, Dusares sekali lagi hadir dengan single terbaharu berserta muzik video arahan Andrew Tan. Untuk pengetahuan semua, Dusares kini dibarisi anggota baharu di mana ketiadaan gitaris dan pemain dram diganti oleh Ranver dan San.

Bercerita tentang Tadmir, ia mengisahkan tentang dunia yang sedang dikawal oleh tangan ghaib yang membawa kemusnahan kepada manusia dan agama, menggunakan konsep lirikal anti-satanic.

Dari awal muzik dimainkan, penulis mendapati beberapa elemen yang jarang didengari ada dalam Tadmir sekali gus mengingatkan penulis kepada Lorna Shore. Mungkin ada juga elemen dari Betraying the Martys dan Impeding Doom, namun Lorna Shore menjadi keutamaan. Dari segi susunan lagu, penulis berpendapat bahawa mereka semakin matang dan cuba untuk melakukan sesuatu yang baharu untuk rilisan kali ini. Untuk single ini, penulis menggemari permainan gitar yang semakin ke hadapan dan semestinya vokal Alex (makin rangup ye vokal kau) dan paling memberi impak, kehadiran Rain Cycryptic. Berikut adalah cerita di sebalik kenapa mereka memilih Rain untuk single ini.

Zainuri Shaharin or Rain dari Cycryptic telah memainkan peranan yang amat penting di dalam lagu ini. Kalau dia tak ada, maybe lagu ni takkan siap. Aku tak tahu kenapa tapi bila dia masuk vokal dengan gitar solo, aku rasa Rain ni dah melengkapkan sebuah teka teki yang sekian lama kitorang cari. Ternyata beliau memberikan impak yang amat besar kepada lagu ini. Orang macam ni kita kena jaga elok-elok sebab Rain ni permata besar dalam industri muzik Malaysia. Dia dah session dengan beberapa band macam Massacre Conspiracy dan SOG. Memang Rain ni another level.

Setelah mendengar single ini, penulis agak tertanya di bahagian produksi. Sebelum ini mereka bekerjasama dengan Senndart dari MC16 Studio untuk single Al-Mawt dan kali ini mereka memilih Aimran Zaman dan Fariz dari Parallel Records untuk produksi Tadmir dan ini merupakan jawapan Alex:

Ini adalah kali pertama kami menghantar lagu untuk mixing dan mastering kepada Aimran (Producer of Parallel Records) selepas dengar hasil kerja bersama band Akta. Kitorang suka apa yang dia buat dan decide untuk rekod dengan beliau.

Komen penulis? Kualiti yang dipersembahkan oleh Parallel Records agak memberangsangkan namun terdapat beberapa elemen yang penulis kurang sedikit, lagi-lagi di bahagian snare di mana nampak macam terlalu digital namun tidak mengapa kerana untuk instrumen lain seperti gitar, piano dan vokal sedikit sebanyak menutup kelemahan pada elemen tersebut. Penulis difahamkan ini merupakan produk pertama Parallel Records untuk genre seperti ini dan kudos buat kalian. Semoga terus maju buat Parallel Records.

Keseluruhannya, Tadmir meneruskan momentum yang baik selepas Al-Mawt namun harus diingatkan, Dusares harus memberi lebih dari lagu bukan sekadar penulisan lirik namun dari sudut susunan di mana mereka perlu bekerja lebih keras lagi. Ditambah pula kehadiran Ranveer sebagai gitaris membuatkan penulis tertanya, apakah selepas ini Dusares akan berubah arah? Buat yang tidak tahu, Ranveer ni merupakan bekas gitaris Mothflesh dan hasil dari album beliau bersama Mothflesh iaitu Machine Eater sangat berpuas hati. Sama-samalah kita menantikan rilisan seterusnya daripada mereka.

Tahniah buat Dusares atas kelahiran Tadmir. Penulis mendoakan kalian terus maju ke hadapan dengan kehadiran ahli baharu dan penulis teruja menunggu rilisan akan datang. Adios.

Ikuti perkembangan Dusares di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅