Eksplorasi Indie Pop Gaya Aizuddin Madani

oleh Rahmat Mohd Did
2.6K bacaan

Baru masuk bulan ketiga tahun ini, Aizuddin Madani sudah meluncurkan tiga single, termasuk yang terbaru, Can We pada 3 Mac 2021.

Penyanyi asal Sabah ini mula belajar memetik gitar dan menggubah lagu sejak 2011 dan dipengaruhi muzik-muzik klasik kegemaran ibu-bapanya selain rekomendasi rawak YouTube yang memperkenalkan bakat-bakat tempatan dan antarabangsa. Tahun lepas, beliau berjaya melancarkan EP pertama, Kolaj yang sangat bervariasi citarasa muziknya. Aizuddin juga turut menulis untuk penyanyi lain, salah satunya adalah lagu Miliki Hatiku yang dinyanyikan oleh Eza Edmond.

Tiga single yang telah dikeluarkan setakat ini iaitu Let’s Begin, Sunflower dan Can We bakal dimuatkan dalam album sulung Aizuddin yang dijadualkan rilis tahun ini.

Konsep lagu-lagu dalam album ini adalah indie pop yang mengingatkan kita kepada Boy Pablo dan Fur. Kesemuanya mudah dihadam dan mesra pendengar. Beliau yang gemar bereksplorasi dengan genre bijak memberi ‘perisa’ terhadap semua lagu mengikut stailnya sendiri. Cuma, produksinya agak lo-fi dan minimal pada pendapat penulis. Mungkin Aizuddin boleh mendapatkan khidmat mastering yang lebih baik sebelum album penuh keluar nanti.

Apa pun, syabas diucapkan kepada Aizuddin di atas kerja keras beliau sehingga kini dan teruskan berkarya serta membikin lagu-lagu yang lebih mantap. Beliau turut berjanji untuk terus mengeluarkan beberapa lagi material daripada album selepas ini. Sama-sama kita nantikan.

Ikuti Aizuddin di:

Facebook

Instagram

Twitter

YouTube

Spotify

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅