Dirgahayu David Gilmour!

oleh Azam Gilmour
1.8K bacaan

Hari ini, genap 75 tahun usia gitaris tersohor dunia, David Gilmour. Terkenal sebagai gitaris band lagenda Pink Floyd, yang mana mula berkecimpung dalam arena muzik seawal 16 tahun bersama kumpulan blues rock Jokers Wild, dan sempat merakam beberapa lagu. Sempena ulangtahun gitaris idola Penulis, Penulis senaraikan beberapa trivia menarik tentang David Gilmour.

1. Pada tahun 1965, Gilmour busking diserantau Sepanyol dan Perancis bersama Syd Barrett bersama beberapa kawan mereka yang lain, dan memainkan lagu The Beatles.

2. Terbang ke Perancis pada pertengahan tahun 1967 bersama Rick Wills dan Willie Wilson (bekas anggota Jokers Wild), dan menubuhkan band dengan menggelarkan diri mereka Flowers.

3. Sebelum menyertai Pink Floyd, Gilmour adalah seorang model sambilan.

4. Memiliki lebih 100 koleksi gitar, sebelum menjual beberapa gitar kesayangannya di Christie Auction, dimana hasilnya dimanfaatkan kepada badan amal.

5. Terpilih di tangga ke-36 dengan suara terhebat dalam muzik rock oleh pendengar radio Planet Rock pada tahun 2009.

6. Dilantik sebagai Panglima Perintah Kerajaan Britain (Commander of the Order of the British Empire) pada tahun 2003 kerana perkhidmatannya terhadap muzik, dan aktif terlibat dalam filantropi (kedermawanan). Pada tahun yang sama, Gilmour menjual rumahnya di Barat London dan menyumbangkan hasilnya – lebih dari $5.5 juta kepada Crisis, sebuah organisasi bebas yang ditugaskan untuk memberi perkhidmatan kepada para gelandangan.

7. Mula bermain gitar seawal 13 tahun, sebuah gitar yang dipinjamkan oleh jirannya dan beliau tidak pulangkannya kembali. Dalam satu temubual pada tahun 2008, Gilmour berkata gitar itu masih ada dalam simpanan beliau.

8. Dimasukkan ke Rock and Roll Hall of Fame (sebagai anggota Pink Floyd) pada tahun 1996.

9. Ketika tidak bermain muzik, Gilmour sering menikmati keindahan langit. Gilmour merupakan seorang juruterbang, dalam masa yang sama, beliau mengumpul pesawat antik dan seorang pemilik syarikat penerbangan Intrepid Aviation. Beliau telah menjual syarikat itu tetapi menyimpan sebuah pesawat jenis biplane untuk kegunaan peribadinya.

10. Pada tahun 2005, Gilmour telah dinobat sebagai Panglima dalam Tertib Terhebat Kerajaan Inggeris (Commander in the Most Excellent Order of the British Empire) kerana pencapaiannya dalam bidang seni.

11. Menamakan Wish You Were Here sebagai album Pink Floyd kesukaannya dan Shine On You Crazy Diamond sebagai lagu kegemaran beliau.

12. Mengenali Syd Barrett ketika mereka masih kanak-kanak di Cambridge.

13. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau ditangga ke-11 sebagai Gitaris Terhebat Sepanjang Masa.

14. Gilmour menyumbang berjuta dollar untuk menentang masalah kehilangan tempat tinggal, dan juga telah menyumbang kepada sebab-sebab seperti kesihatan mental, penyelidikan kanser persekitaran dan alam semulajadi.

15. Mempunyai minat yang sangat dalam terhadap penerbangan. Tidak hanya belajar terbang, Gilmour juga membuat Richard Wright dan Nick Mason mengikuti kelas terbang. Selain itu, beliau juga menulis lagu Learning to Fly kerana minat yang mendalam terhadap penerbangan.

16. Lancarkan album pertamanya David Gilmour pada tahun 1978.

17. Mengambil bahagian dalam projek yang berkaitan dengan isu-isu seperti hak asasi haiwan, persekitaran alam sekitar, kemiskinan dan hak asasi manusia.

18. David Gilmour pada dasarnya menggantikan penyanyi/penulis lagu Pink Floyd, Syd Barrett pada lewat tahun 1967. Walau bagaimanapun, tiada masalah besar yang berlaku diantara mereka berdua. Malah, Gilmour menjadi pembantu produser untuk menghasilkan album solo Barrett The Madcap Laughs (1970) dan memberi sentuhan/susunan semula album Octopus.

19. David Gilmour mula belajar meniup saxaphone ketika berusia pertengahan 50’an selepas anaknya Charlie menunjukkan minat terhadap instrumen itu, dan mereka berdua belajar dengan guru yang sama.

20. Boleh bertutur dalam empat bahasa: Perancis, Jerman, Itali dan Inggeris.

21. Sebelum menyertai Pink Floyd, Gilmour sudah tampil dalam beberapa band, namun semuanya gagal – dan satu lagu pun tidak tersenarai dalam mana-mana carta muzik.

22. Beberapa lagu dalam katalog Pink Floyd, David Gilmour memainkan bass: Fat Old Sun, Pigs (Three Different Ones), Sheep, dan Hey You.

23. Gilmour memiliki sebuah rumah bot yang digelar Astoria, dimana beliau membelinya pada tahun 1986 dan menjadikan rumah bot itu sebagai studio rakaman. Sebilangan besar karyanya selama tiga dekad terakhir di adun dan dirakamkan di Astoria seperti A Momentary Lapse of Reason (1987), The Division Bell (1994) dan The Endless River (2014), termasuk dua karya solonya On An Island (2006) dan Rattle That Lock (2015).

24. Fender Stratocaster adalah instrumen utamanya dalam rakaman mahupun persembahan secara langsung.

25. Pada tahun 2001, beliau terpilih sebagai gitaris East Anglian terbaik majalah Total Guitar daripada 12 gitaris terbaik Britain.

26. Comfortably Numb adalah lagu yang diolah semula, sebuah lagu yang pada asalnya dimuatkan dalam album solo pertama beliau yang dikeluarkan pada tahun 1978.

27. Pada bulan Mac 2003, album Pink Floyd Dark Side of the Moon menduduki tangga teratas dalam senarai majalah Classic Rock dari 30 album konsep terhebat sepanjang masa. Manakala album The Wall (1979) berada ditangga ke-10 dan The Final Cut (1983) berada ditangga ke-21.

28. Selain menjadikan terbang ke udara sebagai hobi, beliau juga gemar berlumba kereta dan mengumpul gitar.

29. Hubungan kurang baik dengan Roger Waters, selepas Waters meninggalkan Pink Floyd pada tahun 1985, dan berusaha menuntut supaya Gilmour menghentikan band tanpa beliau.

30. Membantu melancarkan karier penyanyi/penulis lagu, Kate Bush.

31. Meletakkan Jimi Hendrix sebagai pengaruh utama dalam bermain gitar, selepas melihat Hendrix membuat persembahan di sebuah kelab malam di London pada tahun 1966.

32. Merupakan pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ivor Novello pada tahun 2008.

33. Pernah menganggotai band Paul McCartney pada tahun 2002.

34. Pada bulan Jun 2005, beliau bersetuju untuk tampil bersama anggota asal Pink Floyd, Roger Waters, Nick Mason dan Richard Wright sebagai satu tarikan utama konsert Live 8 (2005) di Hyde Park, dan sebagai sebahagian daripada kempen oleh Bob Geldof dan Bono (U2) untuk Make Poverty History.

35. Mempunyai 14 album bersama Pink Floyd dan 4 album solo.

#AzamGilmour #DavidGilmour #HappyBirthday #MusicAddictsMalaysia #MAMY

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅