‘Chop Suey’ Ternobat Lagu Metal Paling Gempak Abad 21

oleh Chiv Iscandar
3.2K bacaan

Majalah permetalan antarabangsa, Metal Hammer telah menobatkan lagu System of A Down, ‘Chop Suey’ sebagai lagu Metal terhebat dan paling gempak pada abad ke-21.

Dalam edisi keluaran terbaru (isu 346) itu, ‘Chop Suey’ telah mengalahkan pesaing-pesaing dan beberapa nama utama lain seperti Slipknot, Ghost, Trivium, Children of Bodom dan Deftones.

Ini sesuatu yang tidak memeranjatkan kerana umum mengetahui kehebatan lagu tersebut. Dikeluarkan pada tahun 2001, ia segera mengubah System Of A Down dari band ‘belakang bas persiaran’ asal Armenia kepada aksi Metal paling meriah pernah berlaku.

Sehingga kini, jampi serapah yang kedengaran pada awal verse lagu itu (‘Wake Up!’…zsxyghtdknvjdhhddxchj) terus menjadi igauan semua termasuklah yang bukan dari kalangan dunia permetalan. Di kaca YouTube, video klip lagu itu telah mencapai lebih 1 bilion tontonan manakala Spotify mencecah 600 juta strim.

‘Chop Suey’ juga adalah lagu Metal yang paling banyak di’cover‘ dalam pelbagai bentuk versi dan rakaman daripada gangster Mexico kepada gitaris-gitaris karaoke seluruh dunia.

Senarai lengkap 100 Lagu Metal Terhebat itu boleh didapati dengan membeli secara online majalah Metal Hammer.

Rasanya, tiada bangkangan tentang lagu Metal terhebat abad 21 ini, kan?

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅