Suara emas di sebalik lagu-lagu hits 90-an kumpulan Exists seperti Jesnita, Julia dan Mengintai Dari Tirai Kamar, Ezad Lazim terus kekal aktif dan sentiasa tampil dengan material-material baharu.
Baru-baru ini, beliau telah mengeluarkan single terbaru ‘Jarak Waktu’ di bawah NAR Records. Saksikan video klip (You Tube):
Lagu yang kedengaran seperti ‘Julia’ ini masih mengekalkan konsep pop Alternatif moden yang sinonim dengan gaya Ezad.
Ini adalah lagu terbaru Ezad Lazim pada tahun 2021 setelah beberapa tahun bergerak solo. Ezad adalah antara vokal lelaki terbaik tanahair pernah muncul dan menempa nama dengan kumpulan kanak-kanak, Exists setelah menggantikan vokalis asal, Mamat.
Lagu-lagu bawaan beliau seperti Mengintai Dari Tirai Kamar dan Dirantai Digelangi Rindu turut mendapat tempat dan sambutan hangat di Indonesia semasa era kemuncak Exists manakala pada 2016, populariti beliau terus gah dengan hit solo ‘Demi Cinta’.
#ChivasAlexandria