Empty Page. Buka Panggung Siri Jelajah ‘Cahaya’ di Melaka

oleh Mohd Aqil Aiman
1.4K bacaan

“Seronok, sedih dan seronok lagi.” Itulah apa yang penulis rasakan tatkala berada di siri jelajah Cahaya anjuran Empty Page bertempat di Mugo X Masterpiece, Melaka pada 2 Februari lepas.

Sempena pelancaran album perdana mereka yang berjudul Cahaya, Empty Page. telah mengambil inisiatif mempromosikan muzik dan jenama mereka ke seluruh negara dengan sebuah siri jelajah. Gig di Melaka ini merupakan yang pertama diadakan menampilkan aksi-aksi alternatif lain seperti Brainstew dan Chylypdy. Sayang sekali, Panasejook yang sepatutnya turut bersama telah mengalami kemalangan kecil sewaktu dalam perjalanan. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka.

Berbalik kepada Cahaya Tour, Empty Page sememangnya sebuah band yang harus disaksikan lebih kerap di pentas-pentas muzik di Malaysia. Persona dan tenaga yang ditampilkan mereka amat menyegarkan dan mampu membuai sesiapa sahaja yang menonton.

Penonton yang hadir dari pelbagai negeri termasuk Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Melaka pada hari itu juga turut menyumbang energi kepada Empty Page. untuk beraksi lebih baik.


Persembahan daripada Brainstew dan Chylpdy tidak kurang hebatnya kerana mereka membuatkan adrenalin penonton meningkat sebelum ke persembahan kemuncak iaitu Empty Page.

Semoga Empty Page. terus maju jaya dan jangan lupa juga, korang kena dapatkan tiket Cahaya Tour ni yang akan diteruskan di Johor, Pulau Penang, Ipoh, Kedah, Pulau Perhentian dan Kuala Lumpur. Bersedialah!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅