Fakulti Kaki Lima Tampil 10 Band Berkongsi Teori Muzik Secara Percuma

oleh Music Addicts Malaysia
1.2K bacaan

Anda meminati muzik? Anda ingin belajar tentang teori muzik? Kini, sebuah program yang bertajuk Fakulti Kaki Lima akan bersiaran setiap Selasa, Khamis dan Sabtu pada jam 9pm di saluran YouTube Funky Brigade Music bermula 25 Oktober ini. Rancangan yang membicarakan tentang asas teori muzik ini, berkonsepkan kapsul yang berdurasi 15 minit setiap kapsul dan bersiaran sebanyak 52 episod.

Pembelajaran dipimpin oleh MK Ridzuan yang merupakan seorang graduan muzik dari UiTM dan juga merupakan seorang anggota kumpulan muzik Sekumpulan Orang Gila (S.O.G). Beliau juga terlibat sebagai pengolah modul pembelajaran bersama Prof. Madya Khairil Anwar Dean dari Universiti Malaysia Kelantan dan Shamsul Cairel Abdul Karim yang juga bertindak selaku penerbit dan pengarah projek Fakulti Kaki Lima.

Sebanyak 10 buah kumpulan muzik indipendent telah dijemput untuk turut sama terlibat di dalam program ini, antaranya: Late Night Frequency ( pemenang AIM 23 untuk kategori Lagu Pop Elektronik/ Dance Terbaik ), Kazim Band ( juara Battle Of The Band Last Lap, Ipoh ), Merchants Of Mercury, Zip Zieller, Frost Revenge, Syakir & The Rombongan, Armpunk Sindicate dan lain-lain lagi.

“Sebenarnya ia adalah sebuah projek edutainment di mana kami gabungkan elemen pembelajaran dan hiburan di dalam sebuah program. Ianya juga disasarkan kepada pemuzik-pemuzik bebas, orang ramai yang tidak mampu meneruskan pembelajaran teori muzik di kolej atau universiti dan kepada para peminat muzik umumnya.

 

“Awalnya, memang cetusan idea dan konsep itu datang dari saya namun ianya agak raw. Saya banyak di bantu oleh MK Ridzuan dan Prof. Madya Khairil Anwar Dean, yang bertungkus lumus menyiapkan modul pembelajaran dan setelah itu, barulah saya mampu untuk hasilkan skrip program,” ujar Shamsul Cairel yang juga merupakan Pengarah Kreatif untuk Konsert UK’s Reunion di Istana Budaya awal tahun ini dan program Salam Dari Maya yang kini di dalam musim kedua.

Rakaman program ini telah di lakukan di studio FunkyBrigade Mediaworks Sdn. Bhd. di Desa Melawati di mana semua kumpulan muzik membuat persembahan secara live dan di rakam secara multiple camera production ( MCP ). Semua kerja teknikal dan pasca produksi di kendalikan oleh Resap Jilma Collective.

“Saya sebenarnya berbangga dengan team produksi dan semua band yang terlibat kerana kesungguhan mereka untuk menjayakan program ini. Ada band yang datang dari Johor dan Perak, semata-mata untuk terlibat di dalam program ini. Brotherhood yang wujud antara perkumpulan anak-anak indie ni, memang best dan ‘barang’ ni dah makin hilang dalam mainstream,” ujar Shamsul Cairel lagi yang juga baharu selesai mengarah 2 buah video muzik untuk kumpulan ARiA dan 1 buah video muzik untuk Dr. Kronik and Friends.

Projek Fakulti Kaki Lima mendapat bantuan dana ekosistem dari Dana Kandungan Digital Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅