Konsert Malam Pesta 60-an Ipoh Meriah dengan Fleur! (Indo 60s pop) dan Legenda The Rythmn Boys, The Strollers (VIDEO)

oleh Chiv Iscandar
1.4K bacaan

Konsert Malam Pesta 60-an sempena Ipoh Music Symposium (IMS 2022) meriah berlangsung di Auditorium RTM Ipoh, Perak semalam.

Kemunculan kumpulan legenda pop 60-an dan pop yeh yeh yang pernah menggegar arena muzik tanahair iaitu The Strollers dan The Rythmn Boys dalam konsert tersebut menyerlahkan kehebatan mereka sebagai veteran yang menyuburkan kembali semangat zaman 60an.

The Rythmn Boys yang merupakan kumpulan penyanyi legenda pop yeh yeh A. Ramlie telah membawakan lagu-lagu ikonik mereka seperti ‘Hidup Bersama’ dan ‘Oh Fatimah’ serta menampilkan 2 ahli asal yang masih aktif manakala posisi vokal dibawa oleh A. Ramlan iaitu adik A. Ramlie sendiri.

Kemuncak konsert ialah persembahan Fleur!, band pop 60-an yang kesemuanya terdiri daripada wanita yang dibawa khas dari Jakarta, Indonesia. Mereka menyampaikan single-single popular mereka seperti Juwita Malam (Ismail Marzuki), Muka Dua dan Lagu Lama.

Artis-artis lain yang turut membuat persembahan ialah Adnan Othman, S. Mariam, Ahmad Yassin serta kumpulan surf tanahair, Kugiran D’Tepi Pantai.

Satu aspresiasi muzikal kepada angkatan pop yeh yeh, Ipoh Music Symposium (IMS) tahun ini membawakan tema pop 60-an. Ucaptama program bagi edisi kali ini adalah oleh Dato’ Johari Salleh.

IMS kini telah memasuki edisi ke-4 setelah tema-tema terdahulu iaitu independen (2019), Rock Kapak (2020) dan Nusantara (2021). Ia merupakan wacana ilmiah berorientasikan muzik yang membariskan panel-panel pembentang dari pelbagai latar belakang, aktivisme dan kesenian.

Menariknya, IMS adalah satu-satunya program wacana muzikal yang terdapat di Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh kerajaan negeri, satu inisiatif yang sangat dibanggakan dan program dikendalikan oleh agensi P.O.R.T (People of Remarkable Talent), IMS dijangka akan terus berkembang dengan tema-tema muzikal yang lebih meriah pada masa akan datang.

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅