‘Mother’- Zeitgeist Grunge 90an oleh Pitylittlesuzy

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.7K bacaan

Sebuah unit grunge yang terdiri daripada dua orang pemuda berbakat, Pitylittlesuzy telah menerbitkan single terbaharu mereka, Mother di saluran YouTube pitylittesuzy official pada 6 Oktober 2022 yang lalu. Formasi yang berasal dari Pekan, Pahang ini digerakkan oleh Matpih selaku vokal, gitar utama serta penulis lirik dan juga Aqil yang berada di posisi dram.

Lagu berdurasi selama 2 minit dan 26 saat ini telah menangkap telinga penulis dengan bunyian grunge yang cukup rabak dan kotor. Lirik yang ditulis juga agak straight forward. Sebelum keluar dengan versi terkini, Mother juga pernah diterbitkan sebagai demo dua hari sebelumnya.

Selalunya demo akan lebih mentah dan kurang perisanya jika dibandingkan dengan versi studio. Namun bagi penulis kualiti versi demo mereka juga masih boleh diterima.

Dalam satu temubual secara maya penulis bersama Matpihh, beliau berkata sound yang dihasilkan di dalam lagu ini sememangnya sengaja beridentiti mentah, sebagai sebuah apresiasi kepada era demo dekad 90an.

Kami lebih sukakan sound yang raw berbanding clean tone, dan bagi kami juga ianya adalah originaliti kami tersendiri. Mungkin masih ramai di luar sana yang beranggapan bahawa tidak ada lagi mana-mana band yang expose dengan sound seperti ini apa lagi mereka yang membesar di awal tahun 90-an, kerana teknologi makin canggih di tahun 2022, tapi Pitylittlesuzy masih mengekalkan identiti itu biarpun tahun berubah, dan kami percaya bahawa masih ada yang meminati sound seperti ini sehingga kini.

Menurutnya lagi, Mother mengisahkan tentang penderaan kanak-kanak. Lagu ini dibawakan dengan gaya grunge yang agak pekat kerana vokal yang tidak terlalu agresif dan tidak terlalu nyaring seperti lagu-lagu grunge yang lain. Cuma seperti yang dinyatakan Matpih, kualiti produksinya berada pada tahap minimum sebagai zeitgeist era kaset berlumut era 90an. Tetapi tidak mengapa, ini bukanlah rilisan yang hadir dalam bentuk album berskala penuh.

Dari segi lirik pula, agak banyak pengulangan dan formula ini masih lagi menepati hukum grunge kerana konsepnya adalah ringkas tetapi masih boleh didengari bagi semua penggemar muzik.

Ramai pasti pelik mengapa line-up Pitylittlesuzy ini masih tidak lengkap. Untuk dipendekkan cerita pada asalnya mereka mempunyai pemain bass, tetapi jodoh mereka tidak lama kerana masalah peribadi yang juga menjadi satu titik jeda dalam karier mereka. Matpihh dan Aqil tidak terhenti di situ dan terus mengeluarkan material ini.

Akhir sekali, penulis mengharapkan karya yang dihasilkan selepas ini lebih berkualiti dan bertenaga dan mampu menggegar ranah muzik tempatan.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅