Rizky Febian Bawa Magis ke Malaysia

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1K bacaan

Credit photo: Der Ahmad Sharu

Berbaloi. Itulah kata hati penulis setelah menghadiri Konsert Rizky Febian Live in Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2022 di Zepp Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Jay Events and Media.

Konsert ini telah dihadiri oleh 2,400 penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan Rizky Febian atau lebih mesra dipanggil Iky sejak lagu hit beliau Hingga Tua Bersama tular di aplikasi TikTok. Buat yang tidak tahu, beliau pernah ke Malaysia pada tahun 2020 untuk mempromosikan single Hingga Pada Waktunya menampilkan Aisyah Aziz.

Kredit: Der Ahmad Sharu

Sepanjang dua jam penulis berada di sana, Rizky telah membawakan lagu-lagu ‘berhantu’ sejak permulaan kariernya dari tahun 2015 dan berjaya memberi persembahan yang cukup luar biasa sehingga membuatkan semua penonton puas. Beliau juga sempat membuat penonton sebak apabila menyampaikan lagu Indah Pada Waktunya yang didedikasikan kepada arwah ibunya.

“Saya pasti arwah ibu sedang tersenyum di atas sana melihat mimpi kecil anaknya sudah terjelma. Impian anaknya yang dulu setiap kali melihat televisyen bertanya ‘bila agaknya saya dapat jadi begitu’ sudah berjaya saya lakukannya hari ini.” 

Mengakui konsert pertamanya di KL sangat istimewa kerana bukan sahaja memberikan sebuah pengalaman baharu dalam karier seninya, malah menjadi konsert pertama yang dihadiri keluarga dan kekasihnya, Mahalini. Lebih manis lagi, ketika lagu Seperti Kisah dimainkan, telah muncul paparan layar videonya yang menampilkan kekasihnya dan momen terindah bersama Iky.

Kredit: Der Ahmad Sharu

Konklusinya, Penulis berpuas hati dengan sistem bunyi dan video latar yang hebat menjadikan konsert ini sebuah kenangan yang sukar untuk dilupakan. Bukan itu sahaja, kehadiran kumpulan iringan juga menjadikan konsert ini lebih meriah. Hampir semua lagu telah digubah dan dipersembahkan dengan penuh tenaga.

Terima Kasih Rizky Febian dan tahniah buat Jay Events and Media. Jumpa lagi di acara akan datang.

Ikuti perkembangan Rizky Febian dan Jay Events and Media di:

Rizky Febian

Jay Events and Media

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅