Fornication Bikin Ritual ‘Pemakaman Langit’

oleh Anome
772 views

Penulis: Anome

Fornication, sebuah kugiran death metal dari Indonesia telah melancarkan video muzik rasmi single Sky Burial di saluran Youtube mereka pada 21 September 2021 yang lalu.

Menurut kugiran itu sendiri, Sky Burial atau pemakaman langit merupakan sebuah upacara pengebumian di mana jasad manusia dihamparkan di tanah lapang dan dibiarkan reput dan dimamah oleh haiwan pemangsa. Upacara ini telah diamalkan oleh para pengikut Buddha Vajrayana bagi menunjukkan bahawa tiada perkara yang kekal di dunia terutamanya hayat manusia.

Menarik tentang Sky Burial adalah pada gabungan bunyi moden serta nuansa yang penuh dengan aura kegelapan. Jangan keliru, meskipun susunan, bunyi dan struktur muziknya lebih menghampiri genre black metal yang penuh intensiti pada riff gitarnya, Fornication menegaskan bahawa mereka masih berpaksi di bawah genre deathcore dengan gabungan vibe black metal di dalam gaya mereka tersendiri.

Sky Burial boleh ditemui di semua platform atas talian seperti Youtube, Spotify, iTunes, Apple Music, dan juga Deezer.

Ikuti Fornication di:

Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati