D’Otai Boyz Hidang Rock Kapak Singapura dengan Lagu Terbaru ‘Permata Ku’

oleh Chiv Iscandar
1.7K bacaan

Kumpulan dari Singapura, D’Otai Boyz membuktikan rock kapak Melayu masih terus berbisa di negara Temasek sana.

Ditubuhkan sejak tahun 2007 dengan nama The Otaiboyz, mereka mengambil inspirasi lagu-lagu rock malar segar. Kesemua ahli terdiri daripada Boy Botak (vokal), Nazry (gitar), Dzoul (gitar), Khai (bass), Lee (drum) dan Man (keyboard). Semua mereka dari Singapura kecuali Dzoul dari Malaysia. Man pula juga merupakan keyboardis kumpulan Life Petal iaitu satu lagu kumpulan balada rockestra di sana.

Antara band yang masih kental memainkan irama rock balada dan kapak, mereka giat membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan acara kemasyarakatan di Singapura sejak 2010-an.

Mulai tahun 2021, mereka kembali bersemangat untuk aktif dan kini akan melancarkan single terbaru mereka berjudul ‘Permata Ku’ pada hari ini 8hb November 2021.

Saksikan premier video lirik ‘Permata Ku’, hidangan rock balada Melayu terbaru dari Singapura ini:

Lagu ‘Permata Ku’ juga boleh didapati di platform-platform digital lain seperti Spotify, Itunes, Joox, KKBOX dan Deezer.

Bagi projek akan datang, mereka dijangka akan membuat konsert mini virtual secara maya bersama beberapa aksi lain.

Semoga kehadiran semula D’Otai Boyz akan terus menyemarakkan arena muzik tempatan di Malaysia dan Singapura.

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅