#GigPatuhSOP Transitions X Servants Berjalan Lancar

oleh Aniq Ammar Ekhwan
873 views

Mengagumkan. Itulah titipan kata dari penulis tentang #GigPatuhSOP Transitions X Servants yang berlangsung pada 20 Mac 2021 di Angkasa Space Event, Cheras anjuran Angkasa Space dan Hashtag Media.

Gig ini bermula tepat jam 9 malam dengan berselang seli 4 lagu dimulakan oleh Transitions yang agresif disudahi oleh Servants yang penuh dengan emosi. Secara am-nya, kedua-dua band ini menampilkan persembahan yang mantap seperti Wahid dan Saiful dari Filem Lagi-Lagi Senario yang berentap dalam menebar roti canai. Turut dikejutkan dengan lagu terakhir hasil kolaborasi kedua-dua band ini, sebuah lagu cover dari Exists iaitu Mengintai dari Tirai Kamar.

Secara keseluruhannya, gig ini telah dijalankan dengan sempurna dan penulis kagum dengan penonton yang hadir pada malam tersebut kerana mereka bukan sekadar patuh SOP sepanjang gig berlangsung, malah turut memberi impak seperti gig yang kita biasa hadir.

Tahniah buat Angkasa Space dan Hashtag Media atas usaha kalian dalam melaksanakan #GigPatuhSOP. Tahniah juga buat Transitions dan Servants atas persembahan yang bertenaga serta tahniah buat penonton kerana menjaga SOP dari awal hingga akhir. Semoga kita ketemu di gig yang akan datang. Adios!!!

Koleksi foto gig:

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati