Herriot memulakan 2025 cukup bergaya dengan membuka untuk tour Dark Tranquillity ‘Endtime Signals’ di Bangkok pada 2 Mac 2025.
Tour stop di Bangkok yang turut disertai dengan barisan band-band hebat seluruh dunia seperti Conan (Sludge/Doom Metal, UK), Ethereal Sin (Melodic Black Metal, Jepun) dan Gotsu Totsu Kotsu (Death/Thrash Metal, Jepun) menyaksikan Herriot satu-satunya wakil tunggal Asia Tenggara dan Malaysia. Tour ‘Endtime Signals’ merupakan persembahan terbesar Herriot untuk tahun 2025 setakat ini, dan Chen (vokalis/penulis lirik) mengambil peluang untuk menulis show diary yang meliputi pendapat peribadinya tentang membuka untuk Dark Tranquillity, visi dan harapan Herriot untuk masa akan datang.
“Herriot dah lama sangat tak main show secara serius. Kami ni band yang mencari keseronokan. Kami mencari kepuasan diri. Kriteria utama band ini adalah “we do what we want, our way”. Jadi, bila mendapat satu peluang yang truly a dream come true, aku memang takut.”
Agenda Herriot seterusnya adalah headliner untuk Fourth Ceremony di Ipoh, 12 April, menghabiskan baki rakaman album ‘Black Day Massacre’ dan satu lagi tawaran persembahan pentas yang masih belum dimuktamadkan.
Tonton video-video daripada set Herriot di Bangkok di bawah:
Keseluruhan video set Herriot kini boleh ditonton di Youtube mereka.