Hey Jay Buka Gelanggang Dengan 2 Single Menarik

oleh Rahmat Mohd Did
1.7K bacaan

Catchy dan ada potensi. Itu yang penulis rasakan setelah pertama kali mendengar karya kugiran asal Kuala Lumpur ini.

Hey Jay ditubuhkan pada tahun 2019 dan setekat ini telah mengeluarkan dua buah single bahasa Inggeris berjudul Never-End (Julai 2020) dan Good to Go (November 2020).

Mereka menggabungkan nuansa grunge, riff gitar post-rock, mainan keyboards ala stadium rock serta permainan dram hard rock untuk membentuk identiti muzik yang diketengahkan. Setiap anggota juga berpengalaman luas dalam proses rakaman studio dan persembahan langsung, memberi kelebihan kepada formasi ini.

Muzik video (MV) pertama mereka untuk lagu Never-End menjengah saluran YouTube pada 1 November 2020 yang lepas manakala MV untuk lagu Good to Go pula dijadualkan menemui peminat pada bulan Mac mendatang.

Jay juga turut mengumumkan bahawa single ketiga mereka akan dikeluarkan sebelum pertengahan tahun ini. Adakah masih mengekalkan format lirik dalam bahasa Inggeris atau mencuba perkara baharu dengan lirik bahasa Melayu? Sama-sama kita nantikan.

Senarai anggota Hey Jay:

1. Jay Ridzwan – Vokal/ Gitar

2. WK aka Wak – Dram

3. Syakir Khalid – Bass

4. Boy Azhar – Gitar utama/ Gitar ritma

5. Fazli aka Stuart – Gitar utama/ gitar ritma

6. Felicia – Keyboards

Ikuti Hey Jay di:

Facebook

Instagram

Twitter

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅