Impak 1990’s Plvindre

oleh Aniq Ammar Ekhwan
1.7K bacaan

Plvindre atau sebutan mudahnya Plaindre telah keluar dari sarang muzik mereka dengan meluncur video muzik terbaru berjudul 1990’s pada 3 April 2021.

Single ini membuktikan bahawa metalcore di Malaysia masih belum menemui penamatnya dengan konsep Heavy Pop/ Modern Metalcore penuh garang dan progresif namun kecomelannya terhasil di beberapa bahagian seperti menikmati Ayam Kunyit Mat Rock dan Mango Float dalam keadaan panas terik.

Buat yang tidak mengenali Plvindre, mereka telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan dianggotai Ewan Roslan, Hafiz Iman, Apiq Ezaly dan Elyas Farhan. Sepanjang perjalanan dalam industri muzik tanah air, mereka telah dihujani dengan pelbagai pencapaian seperti penampilan di Borak Kopitiam TV3 dan Semi-Final Anugerah Lagu Indie 2020. Walaupun ketiadaan Elyas buat masa ini atas dasar kerja, mereka tetap bekerja keras di studio untuk menyiapkan album.

Sedikit bedah siasat ke atas single ini, penulis mendapati bunyi drum yang dihasilkan amat ketat, riff gitar cukup berlemak namun penulis tidak dapat mendengar bunyi bass yang seharusnya sama kencang seperti gitar namun tidak mengapa, vokal dari Elyas dan Ewan telah cukup memberi kesan yang amat mendalam pada 1990’s. Secara keseluruhan, single ini telah digarap dengan sangat baik dan tidak hairanlah mengapa mereka diberi jolokan “Issues Malaysia” kerana terdapat beberapa DNA yang disuntik dalam single ini.

Menerusi perbualan penulis bersama Ewan Roslan:

“Lagu ni pasal anak-anak yg kena abandoned dari kecik. Based on experience aku, apa yg aku perasan orang sekeliling aku rata-rata yang kena tinggal parents ni umur lingkungan lahir sekitar 90’s. Secara am-nya, cerita pasal budak yang tak cukup kasih sayang parents yang secukupnyalah dan dia anggap parents dia hero sebab hidupkan dia tapi end up hampa.”

Tahniah buat Plvindre atas pelancaran video muzik terbaru yang cukup ramuan di semua aspek. Penulis mendoakan supaya kalian terus maju dan dapat menyiapkan album pertama dan menjadi muka hadapan muzik moden Malaysia. Sayonara!

Ikuti Plvindre di:

Facebook

Twitter
Instagram

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅