Indie Dari Rumah: Gig Maya Gabungan 3 Negara

oleh Rahmat Mohd Did
1.6K bacaan

Walaupun masih baru, Atas Angin dikenali sebagai antara penganjur gig paling aktif dan berwawasan dalam scene tempatan ketika ini. Kali ini, mereka bakal menganjurkan sebuah siri gig yang menggabungkan aksi dari tiga buah negara; Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam gig Indie Dari Rumah bermula 18 Julai hingga 31 Julai 2021.

Senarai 15 band untuk fasa pertama telah pun diumumkan semalam dan 15 lagi band untuk fasa kedua akan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa yang menarik dengan penganjuran ini adalah ia 100 peratus percuma dan akan berlangsung selama 14 hari. Anda hanya perlu melanggan saluran YouTube Atas Angin untuk menonton kesemua persembahan.

Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, ikuti Atas Angin di:

Instagram

YouTube

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅