‘Intelligence Strive’ – Taruhan Terbaharu Predicate Not Defined

oleh Mohd Asyraf Firdaus
1.7K bacaan

Predicate Not Defined (PND) merupakan sebuah nama yang tidak asing lagi buat para peminat muzik yang berteraskan metal di tanah air. Pengalaman bermuzik sejak 2001 juga menjadikan mereka semakin matang seiring dengan usia band. PND juga pernah beraksi di Musica Mania Festival 2017 menunjukkan mereka masih aktif walaupun telah lama berada dalam skena muzik permodenan hari ini. Jika tahun lepas PND menerbitkan lagu saduran menampilkan Tam dari Blind Tribe, kali ini mereka kembali dengan naskah baharu, dipetik daripada EP Stronger Than Ever yang bakal keluar tidak lama lagi, bertajuk Intelligence Strive.  Lagu ini telah selamat diperdengarkan kepada umum pada 2 September 2022 yang lepas.

Intelligence Strive berdurasi 4.00 minit dan cukup memberikan kepuasan kepada halwa telinga penulis pertama kali mendengarnya. Lagu yang dimulakan dengan sampel yang agak epik juga bagi penulis, jika ditutup mata seolah melayan band dari luar negara. Terjahan vokal Azwi dan permainan kesemua instrumen tidak kira gitar mahupun bass serta dram  cukup taktikal dan teknikalnya dan sudah pasti memerlukan musicianship yang tinggi. Walaupun penulisan lirik agak straight forward, namun apabila ditanya penulis apakah tiga ayat untuk menjelaskan lagu ini; penulis akan menjawab harmonic, good transitions, good arrangement.

Harmonic

Jika didengar daripada awal pasti anda akan merasakan bahawa lagu ini sebuah lagu yang epik kerana intro agak berbeza berbanding lagu-lagu sebelum ini. Harmoni yang dimaksudkan penulis adalah apabila bermulanya semua instrumen dalam lagu, ia kedengaran dijalin dengan baik dan berpadanan dengan gaya vokal yang berbunyi wide and huge.

Good Transitions

Pada minit ke 2:00 terdapat pertukaran yang akan menukarkan mood pendengar daripada agresif kepada santai yang mana terdapat riff sludge metal sebelum disusuli dengan scream yang mantap oleh Azwi. Tidak terhenti di situ, pada minit 2:49 permainan double pedal oleh Fazi membuatkan penulis ingin head-banging bersama-sama lagu ini kerana berpendapat teras yang menjadikan lagu ini agresif dan radikal adalah daripada permainan double-pedal yang ditujahkan ke dalam lagu. Seterusnya, bahagian yang paling menjadi kegemaran penulis adalah pada minit ke 4:00, sekali lagi transisi tempo dan permainan double pedal serta gitar yang dimainkan dengan gaya metal-chugging berjaya disampaikan dengan sempurna.

Good arrangement

Penulis tidak mahu ulas panjang perihal susunan lagu kerana lagu ini memang secara jelas disusun dengan baik dan tidak membosankan. Durasi lebih empat minit kedengaran sangat sekejap dan penulis seolah-olah mengalami withdrawal syndrome kerana tidak puas dan tergantung! Cuma, setiap susunan vokal mahupun instrumen yang berubah-ubah dalam beberapa bahagian dalam lagu berjaya diasimilasikan dengan kemas tanpa menjadikan lagu tersebut pelik. Namun apa yang menjadi tanda-tanya penulis adalah mengapa lagu ini ditamatkan secara mengejut sebegitu? Menurut Azwi, lagu ini memiliki sedikit kelainan yang memaparkan visi kreatif mereka apabila dalam EP penuh nanti, namun versi sekarang ini adalah versi rilisan khas di Youtube.

PRECICATE NOT DEFINED

Penulis sempat menemubual Azwi selaku vokalis PND tentang proses penghasilan karya baharu ini. Ayuh kita telusuri bersama.

Intelligence Strive memperlihatkan permainan yang lebih teknikal. Boleh kongsikan bahagian paling kritikal sepanjang penghasilan lagu ini?

Terima kasih. Bagi kami bahagian yang paling teknikal ialah pada verse lagu ni yang memerlukan timing dan teknikal permainan dari riff, drum pattern, bass dan jenis growl untuk disesuaikan dengan lagu. Kami mengekalkan formula lagu trademark PND iaitu teknikal, dan groove riffing untuk tarikan peminat metal umumnya. Musical direction kali ini adalah lebih radikal dan aggresive.

 

Bahagian kritikal dalam penghasilan lagu adalah masa, kerana kami rata-rata terdiri dari orang-orang yang tinggi komitmennya terhadap kehidupan. Justeru itu, masa adalah yang paling kritikal selepas pemerahan otak untuk menghasilkan sesebuah lagu yang segar bugar untuk pendengar lama dan baru band kami.

Zaman semakin maju, mengapa PND masih tidak memasukkan lagu di platform-platform strim seperti Spotify utk meraih lebih ramai pendengar?

Buat masa ini PND masih ada platform sosial seperti Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter sebagai medium komunikasi online. PND dalam proses menyediakan Spotify, JOOX dan lain-lain utk rilisan EP kali ni. Sebarang update akan diberitahu kelak.

Jika kita lihat, PND telah ditubuhkan sejak 2001 lagi. Apakah yang meyakinkan PND untuk terus relevan dengan rilisan lagu baharu ini?

Soalan yang bagus. Sebagai band yang lama, PND telah mengalami evolusi muzik dan budaya undergound sejak 2001 hingga sekarang. Kami yakin muzik PND mampu merentasi zaman dan masih relevan untuk pendengar lama dan baru, atas elemen elemen riffing dan songwriting juga konsistensi untuk gig dan rilisan. Diharapkan agar PND kekal relevan sampai bila bila.

Akhir kata, penulis sememangnya tidak sabar untuk menunggu EP baharu mereka yang bakal keluar kelak. Jutaan tahniah kepada PND kerana berjaya kekal bertenaga dan mengikut arus skena muzik tempatan hari ini. Harapan penulis semoga semakin ramai pendengar baharu yang akan menggali dan mendengar lagi material yang lain pernah diterbitkan oleh PND. Hail PND!

 

Ikuti PND dengan menekan pautan

Facebook

Instagram

 

 

 

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅