Sekumpulan Orang Gila atau juga dikenali sebagai SOG, kumpulan post hardcore Malaysia yang dikenali dengan kebolehan muzikal dan persembahan live yang amat bertenaga, akan mengadakan konsert terbaharu mereka pada 17 Jun 2023 di Jiospace, Petaling Jaya.
SOG telah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 pada tahun 2022, sebuah anugerah muzik yang cukup berprestij di Malaysia dan juga Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Lagu Rock Terbaik pada tahun yang sama. Band ini telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebolehan muzikal dan telah memperoleh pengiktirafan daripada pengkritik dan peminat muzik.
Idea untuk mengadakan konsert ini bermula daripada kehangatan dan penerimaan peminat yang hadir ke konsert 16 Oktober 2016 lepas yang diadakan di UiTM Shah Alam dengan kerjasama Jennifer Thompson di mana pada masa itu, peminat telah memenuhi setiap ruang iaitu seramai 500 orang yang hadir. Kini bagi memenuhi permintaan kawan-kawan dan peminat, mereka bakal mengadakan konsert di tempat yang lebih luas yang dapat menghiburkan lebih ramai peminat. Konsert ini dijangka berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 8.30 malam.
Konsert SOG Reimaginasi datang daripada perkataan bahasa inggeris – reimagine. Kali ni, SOG akan berkarya bersama orkestra simfoni. Semestinya karya-karya SOG sebelum ini yang berentak post-harcore atau modern rock akan lebih epik dengan kehadiran warna-warna dari orkestra simfoni. Orkestra untuk konsert ini adalah seramai 30 orang dan terdiri dari alat-alat muzik bertali, woodwind dan brass.
SOG sebenarnya suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar diri akan menjadi pengkarya yang lebih “mewah” dari segi ilmu dan pengalaman. Sebelum ini mereka telah mengadunkan elemen muzik tradisional dan kebudayaan dalam lagu-lagu SOG. Kali ini mereka ingin bermain pula dengan orkestra simfoni yang sering dikaitkan dengan bunyi-bunyian klasik barat.
Konsert SOG Band pada kali ini akan menampilkan artis-artis jemputan seperti Shila Amzah, Naim Daniel dan Asmidar. Kesemua artis yang bakal membuat persembahan pada malam itu adalah wajah yang cukup dikenali di dalam arena muzik Malaysia. Konsert tersebut diterbitkan oleh kumpulan SOG sendiri dan pengurusan acara dengan kerjasama MK Ridzuan Edutainment. Dana bagi mengendalikan konsert ini adalah dari MyCreative Ventures di bawah program Muzik Malaysia dan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023.
“Kami sangat teruja untuk dapat mengadakan konsert ini dan mempersembahkan persembahan terbaik kami untuk peminat-peminat kami. Konsert kali ini pasti akan memberikan pengalaman yang akan dikenang oleh semua yang hadir,” kata salah seorang ahli SOG.
Tiket konsert SOG Reimaginasi yang berharga RM80 ini boleh didapati melalui laman web www.esojimy.com dan peminat muzik di Malaysia digalakkan untuk membeli tiket secepat mungkin kerana tempat adalah terhad.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Konsert SOG Reimaginasi, sila hubungi Koordinator Konsert, MK Ridzuan menerusi nombor whatsapp – 019-8434314 atau email ke esojimy@gmail.com dan cc ke mkridzuanedutainment@gmail.com