Penyanyi indie rock Julien Baker telah melancarkan album ketiga bertajuk “Little Oblivions” pada 26 Februari 2021 melalui label Matador. Bersempena dengan pelancaran album ini, dia juga menghasilkan single pertama iaitu “Faith Healer”.
Berbeza dengan album-album sebelumnya, Julien memberanikan diri keluar dari zon selesa dan bereksperimen dengan pelbagai genre muzik seperti indie rock, emo, soft rock, electronic music, pop punk, post-rock, country dan shoegaze.
Sebagai salah seorang penulis lagu muda berbakat, Julien telah melancarkan dua album studio di antaranya Sprained Ankle (2015) dan Turn Out the Lights (2017). Di samping kerjaya sebagai artis solo, Julien juga sempat menghasilkan projek trio “boygenius” bersama Phoebe Bridgers dan Lucy Dacus.
Senarai lagu:
1. Hardline
2. Heatwave
3. Faith Healer
4. Relative Fiction
5. Crying Wolf
6. Bloodshot
7. Ringside
8. Favor
9. Song in E
10. Repeat
11. Highlight Reel
12. Ziptie