Anda peminat Chelsea Grin, Humanity’s Last Breath dan Vildhjarta? Jika ya, anda pasti akan berminat untuk mendengar single terbaru dari Bathed in Placenta yang berpaksikan Deathcore iaitu Atrocity yang telah diluncur pada pada 25 Februari 2021 ini.
Berasal dari Kuala Lumpur, mereka memulakan perjalanan sebagai sebuah band pada 2014 dan kemudian senyap untuk beberapa Ketika. Pada tahun 2020 mereka kembali dengan sebuah single yang bertajuk Downcast.
Menerusi bedah siasat, penulis mendapati mereka semakin matang dengan penulisan lagu yang tersendiri. Dengan vokal yang keras dan kacak dari Alex, mereka telah membuktikan mereka mampu menghasilkan produk yang tersendiri setanding dengan produk dari luar Malaysia.
Menerusi kualiti pula, penulis berpendapat adunan dan mastering dari saudara Ardy Hamdan semakin lama semakin garang dan kejam di setiap sudut. Fuhh memang padu kualiti beliau kali ini.
Menurut Alex iaitu vokalis band ini, single ini merupakan salah sebuah trek yang diambil dari album mereka yang akan datang. Dan harus diingatkan, penulis boleh klasifikasikan Bathed in Placenta ini sebagai Chelsea Grin Malaysia dan mereka harus diberi perhatian yang sewajarnya agar mampu setanding dengan band-band besar lain di Malaysia suatu hari nanti.
Tahniah dan syabas buat Bathed in Placenta atas pelancaran single terbaru. Semoga kalian terus maju ke hadapan dan kami tidak sabar untuk menanti produk seterusnya dari kalian.
Ikuti Bathed in Placenta di: