Kasut Baru Foo Fighters (Vans) Bikin Kaki Merenyam, Bakal Untuk Disambar

oleh Chiv Iscandar
2.5K bacaan

Foo Fighters, dengan kerjasama pengeluar kasut VANS telah mengeluarkan kasut edisi khas FF mereka, Vans X Foo Fighters Sk8-Hi bersempena ulangtahun ke-25 album pertama mereka (1995) dan kedatangan album terbaru “Medicine At Midnight” 5 Februari depan.

Album pertama mereka yang mengandungi hits ‘Big Me‘, ‘Weenie Beenie‘, ‘This Is A Call‘ dikeluarkan pada 4 Julai 1995 dan merupakan kemunculan sulung Dave Grohl setelah kematian Kurt Cobain pada 1994.

Album tersebut mengandungi ahli-ahli Foo yang asal iaitu Dave Grohl, Nate Mendel, Pat Smear and William Goldsmith (kemudian digantikan Taylor Hawkins hingga sekarang). Sejak itu, Foo Fighters menjadi antara band terbesar dan paling ikonik rock moden dunia.

Kasut dengan cutting Sk8-Hi itu mengandungi lambang 2F besar di bahagian tumit dan didatangkan warna hitam beserta motif tulisan putih. Dave Grohl sendiri memang sering tampil beraksi di pentas memakai sneaker seperti ini.

Jom kita belek sikit…. ON X ON…..

Harga sekitar US$75 (RM300 lebih) sepasang, terdapat di stor-stor Vans berhampiran atau tempah secara online di sini: https://www.vans.com/shop/foo-fighters-sk8-hi-foo-fighters-black-white .

Jom meriang dengan sneaker terbaru Foo Fighters, raya pun nak dekat!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅