Single Wires Menaikkan Jualan Tourist

oleh Azam Gilmour
1.4K bacaan

16 tahun lalu hari ini, Athlete lancarkan album kedua mereka, Tourist. Sebuah album yang lebih stripped-down dan suram berbanding album pertama mereka, Vehicles & Animals (2003).

Single pertama Wires menjadi hit apabila berjaya menduduki tangga keempat carta single UK. Tourist juga berjaya menduduki tangga teratas dalam carta UK Albums minggu pertama dilancarkan, dengan jualan 89, 000 salinan.

Dalam kejayaan itu, Tourist turut dikritik sebagai gagal untuk mengekalkan gaya unik seperti album sebelumnya, sementara ada juga yang memuji sebagai perkembangan logik dari bunyian lama mereka.

Walaupun Athlete berjaya ke arus perdana dengan Tourist, peminat menreka mula berkurang selepas album ketiga mereka, Beyond the Neighbourhood yang jualannya paling rendah.

Hujung tahun 2005, Tourist menjadi album ke-32 terlaris di UK, dan Wires menjadi single ke-89 terlaris.

Apa pendapat kalian tentang album ini? Penulis sangat sukakan album ini, sebab Penulis berpendapat, album ini jujur. Dengan cerita disebalik lagu Wires, lebih menguatkan lagi minat Penulis kepada album ini. Sudah bertahun menantikan format vinyl album ni. 🙁

Kepada sesiapa yang tidak mengenali Athlete, Tourist sangat sesuai untuk pengenalan.

#AzamGilmour #MusicAddictsMalaysia #MAMY #Athlete #Tourist #AnniversaryAlbum

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅