Setelah 20 tahun berlalu, antem klasik kumpulan Nu Metal, Papa Roach ‘Last Resort’ kembali bergema menerjah dunia apabila mereka memberi nafas baharu berentak EDM & Trap bersama pemuzik arus generasi baru, Jeris Johnson yang telah bertanggungjawab memviralkan remix lagu tersebut di alam TikTok sekitar Oktober 2020 lepas.
Menerusi kolaborasi bersama Jeris, mereka juga berpadu sakan dalam video rasmi lagu yang turut dimuatkan dalam album sulung Jeris, My Sword. Saksikan:
Menurut vokalis Papa Roach, Jacoby Shaddix, beliau memang teruja kerana generasi pemuzik baru seperti Jeris telah mengangkat dan menggunakan antem keramat mereka sehingga menjadi viral di alam TikTok. Akibat remix lagu tersebut juga, Jeris telah berjaya mengutip 1 juta followers dalam tempoh 2 bulan sahaja.
Ceritanya begini:
Wa tengah membeli-belah barang dapur di kejiranan wa kat Sacramento bila seorang homie beritahu…. Bhai, ada budak remix lagu ko kat TikTok, lu kena dengar… Jadi wa balik wa pasang apa budak tu remix, ternyata budak ni ada vibe, memang sick as fuck giler….
Ramai jer yang kerjakan lagu aku, kebanyakannya macam haram, tapi yang ni lain, ok sikit. Kemudian, 2 minggu lepas tu, kami dah berada di studio untuk ‘mengerjakan’ lagu tu….
Saksikan juga perbualan antara Jeris dan Jacoby (Papa Roach):
Rakaman asal Last Resort oleh Jeris Johnson versi TikTok:
Bintang Grunge Masa Depan
Jeris Johnson ialah seorang bintang TikTok berusia 24 tahun dengan crossover alaf baru antara Metal, EDM dan Trap.
Beliau mempunyai atitud muzik yang sangat bagus dengan kebolehan yang bervariasi dan pada hemat penulis, Jeris boleh dikira bintang Grunge masa depan yang akan menjulang semula muzik tanpa norma undang-undang ala Kurt Cobain.
Selain Papa Roach, Jeris juga pernah bekerjasama dengan vokalis Nickelback, Chad Kroeger untuk remix lagu ‘Damn’.
Berlatarbelakangkan keluarga pemuzik yang mana kedua-dua ibu bapanya bertemu ketika dalam band, Jeris pernah menganggotai sebuah band metal Audiophobia sebelum berpecah dan Jeris membawa haluan seni sendiri.
Jeris telah meluncurkan album sulung “My Sword” di peti Spotify pada 29 Januari 2021 lepas mengandungi 5 lagu termasuklah ‘Damn‘ dan ‘Last Resort (Reloaded)‘ ini.
Lagu Last Resort oleh Papa Roach yang pertama kali muncul pada tahun 2000 daripada album ‘Infest’ ini pasti tidak asing kepada sesetengah pengikut muzik kerana riff gitar punk/heavy metal yang sangat epik di samping tema lirik tentang isu sosial bunuh diri (suicide).
Untuk makluman, kumpulan EDM Chainsmokers juga sering memainkan sample Last Resort ini dalam setiap persembahan konsert mereka (sebelum era pandemik).
Nu Metal dan Alternative adalah pencetus muzik moden dan kini, arus pemuzik baharu generasi Z (lahir selepas 1995) kembali menghayun, menaakul dan merintis semula kegemilangan genre tersebut kerana itulah era muzik masa depan sebenar yang akan dirujuk sampai bila-bila.
#ChivasAlexandria