Kecohlaa Vol. 1: A Kasik Picah Show Hujung Minggu Tampil 3 Aksi Menarik

oleh Music Addicts Malaysia
445 bacaan

Afia’s Entertainment dan Cd Bagasi Music bergabung bagi menganjurkan gig Kecohlaa Vol. 1: A Kasik Picah Show Hujung Minggu pada 3 Mac 2024 di Audia Space Garage, Ampang.

Gig ini bakal menampilkan Pretty Ugly sebagai teraju utama di samping The ExAct, sebuah band baharu yang dianggotai oleh Qi Razali dan bekas ahli kumpulan OAG. Band muda paling hangat masa kini, Armpunk Sindicate juga akan turut beraksi bagi menaikkan adrenalin peminat muzik tanah air.

Setiap band akan diberi masa 45 minit untuk membuat persembahan masing-masing.

Tiket pre-sale berharga RM50 sedang rancak dijual di https://my.tapautix.asia/product/kecohlaa-vol-1/. Jika tak berkesempatan, korang boleh beli je di pintu masuk dengan harga RM60.

Band sedap, harga tiket pun berbaloi, jom KASI PICAH!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅