Band pop punk asal Johor Bahru, Kektus sambut ulangtahun kesepuluh dengan rakaman semula lagu Resolusi yang pernah diterbitkan pada 2010 dengan nafas baharu yang lebih cemerlang. Video rasmi single ini telah diluncur pada 10 Februari 2021 di saluran YouTube mereka, OfficialKektusTV MY.
Menurut mereka, ini merupakan langkah pertama untuk ‘Project Comeback 2021’ dan pastinya banyak lagi kejutan-kejutan baharu akan muncul selepas ini. Mungkin album penuh?
Penghasilan MV ini juga adalah satu dedikasi kepada kesemua bekas anggota yang pernah bersama Kektus sebelum ini. Menurut satu kenyataan kepada Unite Asia:
“Ini adalah ‘tribute’ kami untuk memori bersama selama 10 tahun. Walaupun hanya sebentar, ia merupakan pengalaman berharga untuk perjalanan band dan ia membentuk kesepaduan dengan skena muzik tempatan.”
Gang vocal dan breakdown dalam lagu ini sememangnya berbahaya dan memberi dampak positif terhadap material-material mereka selepas ini. Sama-sama kita nantikan!
Ikuti Kektus di: