Spotify Membuang Semua Akaun Artis Naungan Kakao M Bermula 1 Mac 2021

oleh Aqil Syakir
1.5K bacaan

Spotify baru-baru ini telah membuang semua akaun penyanyi atau kumpulan K-Pop di bawah naungan sebuah syarikat muzik besar Korea iaitu Kakao M kerana tidak untung.

Hal ini disebabkan Kakao M telah menarik lesen-lesen lagu artis mereka di Spotify dan Spotify juga terpaksa bersaing dengan servis penstriman muzik dari Kakao M sendiri iaitu Melon.

Isu ini telah mencetuskan banyak ciapan berbaur benci di Twitter terhadap Spotify dari peminat-peminat Kakao M kerana mereka masih mendengar lagu-lagu artis naungan Kakao M di Spotify.

Bukan itu sahaja, konflik antara mereka juga menyebabkan sebuah kumpulan hip-hop korea, Epik High tidak boleh mengeluarkan album baru mereka iaitu Epik High Is Here.

“Apparently a disagreement between our distributor Kakao M & Spotify has made our new album Epik High Is Here unavailable globally against our will. Regardless of who is at fault, why is it always the artists and the fans that suffer when businesses place greed over art?” – Epik High, katanya di Twitter.

Dalam pada itu, terdapat segelintir dari pengguna Twitter telah memecahkan rahsia pemabayaran setiap strim dari Spotify yang dikatakan terlalu murah dari syarikat muzik strim lain.

Menurut laporan Business Insider, Spotify hanya membayar artis atau kumpulan sebanyak $0.03 – $0.05 setiap stream sahaja dan ia bermakna paling busuk pun artis kena ada ratusan ribu strim baru boleh cari makan.

Situasi sekarang sangat kecoh dalam kalangan peminat Kakao M sehingga mencadangkan semua orang beralih kepada YouTube Music.

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅