ASKA, artis terkenal dari Jepun, akan mengadakan konsert pertamanya di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 23 Februari 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Sejak era 1990-an, ASKA, yang merupakan sebahagian daripada duo ikonik CHAGE & ASKA, telah menjadi perintis jelajah Asia bagi artis Jepun, termasuk Konsert Goodwill Korea-Jepun yang bersejarah pada tahun 2000.
Kini bergerak sebagai artis solo, ASKA memulakan ASKA CONCERT TOUR 2024≫2025 – Siapa ASKA? – yang sangat dinanti-nantikan oleh para peminatnya, yang merangkumi persembahan di Jepun serta bandar-bandar utama Asia seperti Kuala Lumpur, Taipei, dan Seoul.
Konsert di Kuala Lumpur menjanjikan keistimewaan yang mempamerkan ‘ASKA dalam setiap kemasyhuran’, Ianya sebuah persembahan yang mencerminkan evolusi seni beliau yang masih berterusan seama 45 tahun penglibatan beliau didalam industri muzik.
PROFIL ASKA
Nama: Shigeaki Miyazaki
Tarikh Lahir: 24 Februari 1958, di Ono, Wilayah Fukuoka, Jepun
ASKA membuat debutnya pada tahun 1979 dengan single Hitorisaki. Beliau kemuadian banyak menulis lagu and menyanyikannya untuk Kumpulan duonya Chage & Aska antaranya “Say Yes,” “Morning Moon,” dan “Love Song.”
Pada tahun 1991, single beliau ‘Hajimari wa Itsumo Ame (Selalu Hujan)’ Berjaya menawan jutaan peminat dan menyaksikan album beliau SCENE II laris terjual sebagai antara album terlaris untuk artis Jepun di waktu itu.
Menjelang tahun 1999, ASKA mengeluarkan ASKA the BEST, sebuah kompilasi lagu-lagu hits terhebatnya.
Menandakan satu pencapaian penting dalam kerjayanya, ASKA menjadi pemuzik Asia pertama yang membuat persembahan di MTV Unplugged. Pada tahun 2017, dia mengambil langkah berani dengan melancarkan labelnya sendiri, DADA Label.
Pada Jun 2024, ASKA bekerjasama dengan penerbit legenda David Foster untuk kali kedua. Kemudian, pada September 2024, beliau memulakan jelajah seluruh negara, ‘Travel TV mempersembahkan ASKA CONCERT TOUR 2024≫2025 – Siapa ASKA?’ -, mengukuhkan legasi abadi beliau dalam industri muzik.
Sehingga kini, Aska telah menghasilkan 20 album studio Bersama Kumpulan ‘Chage & Aska’ dan lebih 10 album sebagai artis solo.
RINGKASAN KONSERT
- Tajuk Konsert
ASKA CONCERT TOUR 2025 -Who is ASKA? -in Kuala Lumpur
- Artis
ASKA, ASKA Band• Penganjur
BURNISH STONE
• Tarikh dan masa
23 Februari (Ahad), 2025
(Doors open at 19:00, Concert starts at 20:00)
• Tempat
Zepp Kuala Lumpur
B2-01-02 HAB BBCC.2, Jalan Hang Tuah Bukit Bintang, Kuala Lumpur City Centre, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Harga tiket
RM380.00 (all seats reserved)
(telah mula dijual sejak 6 Disember 2024 lalu)
- Laman Jualan Tiket
Book My Show: https://my.bookmyshow.com/e/ASKAKL25 - Pengurus Acara
DIGITAL IDEA MULTIMEDIA - Untuk pertanyaan mengenai konsert di Kuala Lumpur, hubungi:
- Telefon Bimbit: +6011 31817933
Emel: Ticket-skaKL@digitalidea.com - Laman Web Rasmi Jelajah KONSERT JELAJAH ASKA 2025 – Siapa ASKA?
https://www.fellows.tokyo/feature/who_is_aska