Kemunculan Semula Ekamatra: Kebangkitan Atau Hanya Satu Persinggahan?

oleh Music Addicts Malaysia
338 bacaan

Kumpulan rock legenda 90an, Ekamatra bakal menghangatkan pentas di konsert Only Only Jiwang Club anjuran Atas Angin, pada 25 Januari ini di Panggung Asia – sebuah malam khas untuk peminat muzik rock kapak.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati petikan gitar ikonik Shahrul, yang pernah dianggap prodigi gitar Malaysia. Walaupun ketiadaan penyanyi asal Rahmat, keyboardist Eddie, dan gitaris kedua Nurul, sokongan padu dari peminat rock tegar dijangka tetap mengalir buat band legenda ini.

Ekamatra hanya sempat meriliskan satu album, Satu Tekanan Irama, namun album itu tetap dianggap sebagai karya agung di era rock kapak. Tiga lagu malar segar terhasil daripada album ini seperti Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya, dan Hanya Satu Persinggahan masih terasa auranya sehingga kini, malah dua daripadanya berjaya ke pentas final AJL, membuktikan potensi besar Ekamatra dalam dunia rock Malaysia sebelum band kelahiran Johor itu berpecah membawa haluan masing-masing.

Adakah konsert ini merupakan kebangkitan semula atau “hanya satu persinggahan” Ekamatra? Saksikan pada 25 Januari ini.

Tiket boleh dibeli di laman web Atas Angin!

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅