Aus Et Al. Mendoakan 2025 Kepada Para Pendengar

oleh Music Addicts Malaysia
241 bacaan

Selepas lama menyepi daripada sebarang material terbaharu, unit Alternatif Pop Aus et al. kembali menghiburkan pendengar dengan single ‘Doa Jumaatku’.

Trek ini merupakan versi rakaman studio yang lebih teratur dan diperbaharui berbanding versi rakaman langsung dalam EP Metodologi, kini diwarnai dengan brass section ditulis Hisyam (keyboard) yang dimainkan oleh Max (trombon) dan Amir (trumpet).

Ali, pemain dram, berkongsi keterujaan beliau, “Versi single ini adalah penambahbaikan daripada versi awalnya. Semua ahli-ahli Aus et al. bersama-sama memberikan input dalam menyusun lagu ini dengan idea yang lebih segar untuk menjadikan trek ini tetap menarik didengar.”

“Inspirasi Doa Jumaatku ini datang daripada pengalaman saya ketika menunaikan Solat Jumaat. Saya teringat semasa sebelum masuk ke khutbah kedua, kita disunatkan untuk berdoa dan ketika itu, doa yang keluar dari mulut saya adalah, aku dedikasikan doa-doa Jumaat aku ini untuk orang yang aku sayang. Dari situlah terhasilnya lagu ini.” terang Aus (vokal) pula.

 

“Lagu ini dituju untuk semua insan yang kenal dan ambil berat tentang kami dengan mengharapkan segala doa dan hajat mereka tertunai,” tambah Aus lagi.

 

“Ini adalah usaha untuk membiasakan kita mengaminkan doa orang lain. Selalu kita berdoa untuk diri sendiri kan? Apa kata kali ini kita pula yang mengaminkan doa mereka” jelas Azeem (gitar).

Doa Jumaatku‘ melambangkan harapan Aus et al. untuk kita mengambil peduli orang sekeliling dengan mendoakan kebaikan bersama. Lagu ini adalah satu peringatan untuk berusaha dan percaya kepada kekuatan doa dalam mengubah hidup kita.

Aus et al. sedang dalam proses menghabiskan rakaman album pertama mereka yang dijangka menemui pasaran pada 2025. ‘Doa Jumaatku‘ boleh didapati di semua platform digital mulai 24 Januari 2025 dalam versi studio penuh dan karaoke (instrumental).

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅