Konsert Rockology Awie X Kiddin Hiburkan Ribuan Peminat di Johor

oleh Chiv Iscandar
990 bacaan

Konsert Rockology Awie X Kiddin berlangsung di Johor semalam hari Sabtu, 5/7/2025 dengan kehadiran yang padu dan membanggakan oleh peminat-peminat rock selatan tanahair.

Bertempat di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor Bahru, komsert menampilkan Awie berganding dengan Kiddin (Search) mempersembahkan lagu-lagu nostalgia rock 80-an dan 90-an yang masih segar.

Awie tampil dengan baju warna biru dan merah di pentas melambangkan bendera negeri Johor dan disambut meriah oleh para peminat di situ.

Mereka mempersembahkan kebanyakan lagu daripada album ‘Bikin Wilayah’ (Search) yang menampilkan Awie sebagai vokalis ketika  itu.

Segmen menarik malam itu antaranya seperti apa yang disebut Awie segmen ‘Galau’ dengan medley lagu-lagu nostalgik seperti Cinta Sepi, Kejora dan lain-lain.

Lagu-lagu lain yang dipersembahkan seperti Gothik Malam Edan, Ghairah Malam 15, Bayangan Baiduri, Nur Nilan Sari dan lain-lain lagi termasuk yang sangat jarang divawa seperti ‘Kereta Merah’.

Selama 2 jam konsert berlangsung dan energi yang dibawa Awie X Kiddin sangat memberi kepuasan pada penonton, termasuk sistem bunyian yang sangat baik. Gitar Kid, deruman bass (bassist Metalasia) dan ketukan drum Min (Search/Naratu) keluar dengan cemerlang.

Untuk rekod, konsert Rockology yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang bulan lepas telah dibatalkan kerana kekurangan jualan tiket tetapi Johor berjalan meriah dengan sokongan kehadiran peminat-peminat tempatan.

Kehadiran Rockology Awie X Kiddin ini juga bersesuaian kerana Johor adalah mekah rock tanahair dan asal-usul kebangkitan Rock Kapak di Malaysia. Apatah lagi, Kid dan Din sendiri berasal dari Johor dan malam itu, ternyata merasa berasa kepuasan yang tinggi dapat bermain di tempat asal-usul. Jelas terpancar kepuasan di wajah mereka sepanjang konsert.

Konsert ditamatkan dengan lagu Laila Namamu Teratas dan para penponton pulang membawa kepuasan nostalgik sambil dapat berukhwah bersama rakan-rakan, tetapi ia juga memberi satu petanda bahawa Johor mempunyai potensi besar menjadi hub konsert dan penganjuran acara-acara muzikal.

Kredit tiket & ihsan: YB Marina Ibrahim (ADUN Skudai, Johor)

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅