MCR Bakal Datang Malaysia, Imbau Kenangan Konsert tahun 2007 Stadium Merdeka

oleh Chiv Iscandar
0 komen 2.1K bacaan

Akhirnya, penantian seluruh peminat Malaysia terjawab dengan pengumuman jelajah konsert kumpulan My Chemical Romance (MCR) ke rantau Asia (Malaysia pada 30 April 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil).

Namun sebenarnya, MCR pernah bertandang ke Malaysia dan mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 9 Disember 2007. Ya, 18 tahun yang lampau!

Dianjurkan oleh Galaxy dengan kerjasama Celcom Xpax, konsert sempena album ‘Black Parade’ ketika itu menyaksikan lebih 10,000 peminat hadir ke Stadium Merdeka.

Penulis sendiri adalah saki-baki patron yang telah merasai kemeriahan konsert MCR depan mata semasa itu.

Namun, apakah yang terjadi pada masa itu? Tidak banyak catatan direkodkan mungkin pada ketika itu, sistem penyampaian maklumat dan media  sosial tidak secanggih sekarang. Hanya satu media sahaja iaitu portal The Star yang membuat liputan eksklusif konsert. Perkongsian konsert pula hanya terhad kepada penulisan atau gambar sahaja kerana semasa itu rata-rara masih era ‘henfon sabun’ dan visual sangat kotor sekiranya ada.

Keadaan semasa konsert ketika itu agak renyai-renyai dan kebasahan. Namun, bagi ribuan abang-kakak yang hadir malam itu, ia nenghimpunkan satu kenangan epik persembahan kumpulan rock paling masyhur era tersebut.
Antem-antem emo punkrock MCR berkumandang secara langsung ke pelusuk Stadium Merdeka. Apatah lagi ketika itu gelombang Emo, Metalcore dan punk rock sangat hebat dan sedang memuncak.

Penulis sendiri masih ingat kelincahan gitaris Ray Toro dengan imej rambut mengerbang dan aksi gorengan ala heavy metalnya. Manakala Gerard Way menjadi tumpuan utama dengan penyampaian vokal terbaik di samping di samping adik beliau, Mikey.

Jika tidak salah, terjadi sedikit kegetiran malam itu apabila sebahagian penonton dari ruang tempat duduk stadium meloncat masuk ke padang untuk akses lebih dekat ke pentas.

Magis

Konsert MCR 2026 dijangka akan mengulangi magis kemeriahan pada konsert Green Day lepas yang dihadiri majoriti golongan generasi X, 90s babies dan milenial ‘purba’ yang mungkin lebih berusia (bukan ‘tua’ ya..), tetapi masih aktif dan berhenjutan seolah-olah masa tidak bergerak.

Tanpa kehadiran golongan yang lebih muda Gen Z (‘crowd’ Jiwa Luka dan Pesta Pora-Pora), MCR dijangka akan membawakan setlist lagu-lagu nostalgik daripada 2 album epik mereka iaitu Three Cheers… dan Black Parade.

Berikut adalah lagu-lagu yang boleh dijangka – Helena, I Dont Love You, Ghost of You, Famous Last Words, Prison, Jetset Life, Venom, Cemetery Drive, Cancer, Dead!, Disenchanted, How I Disappear, Mama, Sharpest Lives dan semestinya I’m Not Okay.

Ancaman Scalpers 11/7/2025

Namun, perkara yang membimbangkan para peminat dan kini sibuk dibincangkan ialah ancaman sindiket ulat ‘scalper‘ semasa proses pembelian tiket bermula 11am, 11/7/2025 nanti. Tidak pasti samada sistem telah dibaikpulih bagi menyekat kehadiran scalpers ini namun diharap promoter, Hello Universe dapat bertindak proaktif untuk memastikan ruang pembelian secara adil kepada semua orang.

Pautan pembelian tiket adalah di portal Go-Live Asia.

Yang pasti, Malaysia akan menyala penuh pada 30 Mac 2026 nanti dengan kehadiran MCR dan kemeriahan ‘Black Parade’ beserta alunan antem-antem emo punk rock yang pernah melingkari kehidupan kita semua.

We’ll carry on!!

#ChivasAlexandria

Tinggalkan Komen Anda

Anda juga mungkin meminati

Ala... Ada pasang Adblocker Eh?

Support la kitorang dengan benarkan ads di pelayar web korang. Kitorang faham memang sakit mata tengok ads ni. Tapi, kasi chance lah. 😅